Rabu, 22 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelantikan tiada unsur lobi

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pelantikan tiada unsur lobi SHAH ALAM - Barisan kepimpinan Pas Selangor bagi sesi 2011-2013 adalah gabungan pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri dan bukannya dipilih kerana wujudnya unsur melobi.

Pesuruhjaya Pas yang baru, Dr Abdul Rani Osman berkata, barisan pemimpin tersebut dipilih berdasarkan sumbangan besar kepada parti.

"Tidak timbul soal saya tidak berkenan dengan sesiapa, tetapi tiada seorang pun yang berkempen untuk jawatan yang dikehendaki.

"Yang dilantik ada kemahiran dan mampu memberi sumbangan, kita akan manfaatkan kemahiran mereka untuk parti," katanya pada satu sidang media, semalam

Menurutnya, barisan baru itu terdiri daripada kombinasi golongan ulama, profesional baru dan lama yang mempunyai kemahiran masing-masing dalam usaha Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, pemilihan ini bukan mengikut kehendak beliau, tetapi sebulat suara yang menerima cadangan daripada setiap Yang Dipertua Pas kawasan.

"Pentingnya Badan Perhubungan Pas yang baru ini adalah kombinasi ulama,profesional yang baru dan lama. Mereka ini dipilih kerana mereka orang yang mudah bekerjasama.

"Saya pilih mengikut cara Kelantan iaitu saya hubungi YDP setiap kawasan di mana mereka memberi pendapat setiap kebaikan dan keburukan calon yang dipilih," katanya.

Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru berkata, pengumuman barisan baru Badan Perhubungan Pas Negeri itu dibuat selepas persetujuan dicapai pada mesyuarat pertama, malam kelmarin.

Barisan baru itu menyaksikan kemasukan semula Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Dr Rani berkata, pihaknya telah membuat keputusan sebulat suara untuk melantik Khalid sebagai Timbalan Pesuruhjaya III dan Saari sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin tersebut pernah digugurkan pada dari barisan kepimpinan Pas Selangor, sesi 2008-2010 oleh Pesuruhjaya Pas Negeri ketika itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sementara itu, bagi jawatan yang lain, Pas Selangor memutuskan untuk mengekalkan ADUN Chempaka, Iskandar Abd Samad dengan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, menggantikan Dr Osman Sabran.

Manakala, Pesuruhjaya II pula, dipegang oleh Sallehen Mukhyi bagi menggantikan Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Pas Selangor juga memutuskan untuk membawa semula Dr Hasan yang sebelum ini digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri, dengan melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Negeri.

Selain itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang juga ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali turut dilantik sebagai AJK Pas Negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved