Rabu, 22 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bayi 20 bulan maut

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bayi 20 bulan maut CHERAS – Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan meninggal dunia kelmarin akibat pendarahan dalaman di bahagian usus selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak Ahad lalu.

Bayi itu, Nur Danish Haiqal Azri, dihantar ke hospital oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan selepas didapati sangat lemah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital sebaik sahaja bayi malang itu meninggal dunia jam 12.30 tengah hari.

Polis sudah mengambil keterangan kedua-dua ibu bapa dan pengasuh bayi itu.

"Berdasarkan keterangan awal pengasuh, mangsa didakwa terjatuh ketika dalam jagaannya.

"Setakat ini, tiada kesan kecederaan fizikal ditemui dan kita menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, Jabatan Patologi perlu menjalankan beberapa ujian dan keputusan bedah siasat dijangka diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan mangsa didera, Mohan Singh enggan mengulas.

Sementara itu, bapa mangsa dikenali sebagai Azri, 31, berkata, mangsa ialah anak bongsu daripada tiga beradik.

Menurutnya, dia kerap bertugas di luar daerah dan kali terakhir bertemu keluarga adalah beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, mangsa dihantar untuk dijaga oleh pengasuh di tingkat 10 bangunan sama tempat tinggal mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, sejak tiga bulan lalu.

"Biasanya dia akan ditinggalkan kepada pengasuh sehingga malam kerana isteri saya bekerja di pasar raya.

"Selepas ambil anak daripada jagaan pengasuh baru-baru ini, kami lihat dia seperti tidak sihat dan terus hantar ke hospital pada Ahad lalu. Dia dibedah namun gagal diselamatkan dan meninggal dunia semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat PPUKM, semalam.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kampung Sikamat, Kajang, selepas dituntut keluarganya jam 3 petang semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Prosiding lelaki merusuh kecoh kerana bahasa

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Prosiding lelaki merusuh kecoh kerana bahasa

AYER KEROH -Prosiding pendakwaan terhadap 10 pekerja warga Vietnam dan Bangladesh yang didakwa merusuh menggunakan senjata di asrama sebuah kilang, 30 Mei lalu, menjadi kecoh sedikit gara-gara perbezaan bahasa.

Kejadian itu kerana mereka tidak memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Sedangkan, sebelum itu, tiga warga Vietnam dan tujuh warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kilang tekstil di Pantai Puteri, Tanjung Kling itu memaklumkan boleh memahami bahasa Melayu.

Selepas pertuduhan dibacakan, mereka kelihatan terpinga-pinga dan mengaku pula tidak faham sehingga menyebabkan diketawakan oleh orang awam.

Ida Rahayu menetapkan kes disebut semula 26 Julai depan untuk kehadiran jurubahasa Vietnam dan Bangladesh.

Berdasarkan pertuduhan, Sokkur Miah Aman Ullah, 25; Zaki Late Falu Miah, 27; Tran Van Trinh, 23; Nguyen Ngoc Quang, 31, dan Mamun Hossain Ali, 35, didakwa hadir dan berada dalam rusuhan bersenjatakan pisau, serampang buatan sendiri dan batang besi yang digunakan sebagai alat untuk menyerang.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di antara 9 hingga 9.25 malam di dewan makan Blok G, Asrama Recron, Pantai Puteri pada 30 Mei lalu.

Sementara Nguyen Van Hung, 21; Rokan Molla Din Mohammad Molla, 29; Liton Mia Amir Hossain, 31; Akkasur Rahman Nurudin, 30, dan Nurul Islam Monirahmed, 28, didakwa hadir dan berada dalam rusuhan bersenjatakan kayu dan batang besi, kira-kira 8.30 pagi hingga 1.20 tengahari di tempat sama, esoknya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut laporan sebelum ini, kumpulan itu bergaduh berpunca daripada perselisihan faham dalam sebuah bas kilang apabila seorang pekerja Vietnam meletakkan kaki menghalang laluan seorang pekerja Bangladesh dalam bas.

Disebabkan pergaduhan kecil itu, ia berlarutan sehingga 12 tengah malam dan pagi esoknya sehingga terpaksa dileraikan polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved