Rabu, 22 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ibu muda maut

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ibu muda maut GUA MUSANG - Dua kereta bertembung menyebabkan seorang ibu muda maut dalam kejadian di kilometer 30 jalan Gua Musang/Kuala Krai malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Waja serta sebuah van yang berisi barangan perniagaan.

Dalam kejadian tersebut, penumpang kereta Proton Wira, Nurul Adilah Mat Nawi, 21, meninggal dunia di tempat kejadian sementara suaminya, Nasarudin Bakar, 22, mengalami cedera parah manakala anak lelaki mereka, Putera Haikal, 2, hanya mengalami kecederaan ringan.

Tiga sekeluarga tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Paloh, dekat sini.

Pemandu kereta Proton Waja, Wan Nur Shuhada Wan Zukri, 19, mengalami kecederaan parah dan patah kaki kanan dan rakannya, Mohd Aslan Mohd Amin, 19, dari Pasir Puteh juga mengalami kecederaan parah.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Wira cuba masuk ke laluan yang bertentangan. Kereta tersebut dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dipercayai bertembung dengan kereta Waja dari arah bertentangan.

Sementara itu, pemandu van, Abdul Rahim Said, 30-an mengalami cedera parah akibat dipercayai mengelak daripada terlibat dengan kejadian kemalangan tersebut.

Pemandu van dipercayai dari arah Kuala Krai ke Gua Musang terbabas ke dalam semak lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian yang berdekatan dengan simpang Perasu.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan empat mangsa yang cedera parah mendapat rawatan awal di Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa, Nurul Adilah dituntut ahli keluarganya malam kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved