Rabu, 22 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ibu tunggal terbela

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ibu tunggal terbela

PASIR GUDANG – Seorang ibu tunggal lima anak buntu selepas menerima notis diarahkan keluar rumah kerana gagal menjelaskan sewa bulanan selama enam bulan.

Hasliza Hassan, 35, berkata, dia nekad menyerahkan lima anaknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana pemilik bilik sewa tidak membenarkan membawa anak bersama.

Menurutnya, bagaimanapun usahanya ke Taman Cendana membuahkan hasil apabila pihak Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sudi memberi bantuan perumahan segera.

"Ketika itu saya buntu memikirkan masa depan anak-anak kerana diarahkan keluar rumah, sedangkan usaha untuk menumpangkan anak di rumah jiran gagal.

"Saya bersyukur kerana ada pihak yang mengambil berat dengan nasib kami enam beranak dengan memberikan bantuan tempat berteduh sehingga kami tidak perlu berpisah," katanya kepada Sinar Harian.

Hasliza berkata, bekas suaminya sudah lebih setahun gagal dihubungi untuk mendapatkan nafkah anak-anak selepas difahamkan pulang ke kampung halaman di Sarawak.

Menurutnya, dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan sebagai operator pengeluaran, dia berjimat cermat untuk perbelanjaan keluarga dan menampung persekolahan empat anak.

"Tiga anak baru kembali bersekolah hasil bantuan pihak Gerakan Belia 4B Taman Cendana selepas hampir seminggu terpaksa diberhentikan sementara kerana saya menghadapi masalah kewangan.

"Saya merayu bantuan pihak berkenaan supaya mempertimbangkan bantuan untuk kami sekeluarga supaya anak-anak saya juga berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain," katanya.

Hasliza merakamkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M Munusamy, UMNO Cawangan Taman Cendana, SUK dan Gerakan Belia 4B Taman Cendana serta penduduk Taman Cendana kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved