Selasa, 21 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Obama bodek penderma Yahudi

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Obama bodek penderma Yahudi

WASHINGTON - Dalam percubaan meyakinkan kembali penderma Yahudi mengenai sokongannya kepada rejim Zionis, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji kerajaannya akan menumpukan semua usaha untuk membantu Israel mencapai keamanan dengan Palestin.

Kenyataan itu dibuat Obama semasa kempen memungut derma di sebuah hotel di Washington yang dilancarkan oleh pertubuhan pro-Israel.

Janji manis Obama itu ditabur sebulan selepas beliau dilihat tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai usaha mencapai keamanan di Timur Tengah.

"Saya beri jaminan kepada anda, matlamat kita adalah sama iaitu untuk mewujudkan negara Yahudi yang hidup aman bersama jiran-jirannya," katanya kepada kumpulan penderma Yahudi.

Obama memulakan pungutan derma Tabung Kemenangan Obama, kelmarin bagi membiayai kempen pilihan raya bagi jawatan presiden, tahun depan dengan mengadakan makan malam dan setiap tiket dikenakan bayaran antara AS$10,000 (RM30,000) dan AS$35,800 (RM109,000).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

44 maut nahas pesawat

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

44 maut nahas pesawat BESOVETS - Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dan lapan lagi cedera selepas sebuah kapal terbang berkecai dan terbakar apabila cuba mendarat dalam keadaan berkabus di barat laut Rusia, semalam.

Pesawat buatan Rusia Tupolev-134 membawa 52 orang termasuk sembilan anak kapal terbabas semasa nahas di jalan raya kira-kira satu kilometer dari landasan di lapangan terbang Besovets dan siasatan awal mendapati kesilapan juruterbang adalah punca utama nahas itu.

"Maklumat awal menunjukkan 44 orang terbunuh dan tujuh daripada lapan orang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal," menurut jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia.

Laporan media Rusia menyebut seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun terselamat dalam nahas itu tetapi tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kanak-kanak itu.

April lalu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengkritik pesawat buatan Rusia yang dianggap penuh kecacatan dan rekod buruk keselamatan pengangkutan udara di negara itu.

Medvedev sendiri menggantikan pesawat Tupolev kegunaannya kepada jet buatan Perancis.

Sebelum ini, pesawat Tupolev milik Presiden Poland, Lech Kaczynski terhempas dan membunuh 96 orang termasuk pemimpin itu dan kebanyakan menteri kanannya dalam nahas pada April tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved