Selasa, 21 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


'Jangan politikkan isu diesel subsidi'

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

'Jangan politikkan isu diesel subsidi' Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sama sekali menafikan kerajaan menganiaya nelayan laut dalam (C2) apabila mengurangkan subsidi minyak diesel.

Dalam pertemuan dengan wartawan Sinar Harian, MOHD FAZLI ZANUL ABIDIN dan jurufoto NOR IZZATI JAAFAR, beliau menjelaskan, langkah itu terpaksa diambil berikutan ada nelayan yang mengambil kesempatan menjual hasil laut kepada pihak ketiga ketika di perairan antarabangsa.

"Kerajaan perlu mengambil langkah drastik mengambil semula RM0.55 subsidi yang diberikan menjadikan diesel kekal kepada RM1.80, tetapi kerajaan memberikan insentif lain setiap kilogram hasil laut sebaik nelayan menjual semula tangkapan kepada pihak dilantik kerajaan," katanya. Beliau turut kesal kerana isu tersebut telah dipolitikkan oleh pihak tertentu. Ikuti wawancara tersebut.

Ada pihak memainkan isu diesel subsidi dengan menuduh kerajaan menganaktirikan nelayan?

NOH: Tuduhan ini dibuat tanpa mendapat penjelasan yang betul. Sebenarnya nelayan ada empat kumpulan, semua dapat minyak subsidi iaitu RM1.25, ditambah subsidinya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada yang diberikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kita hanya mengurangkan subsidi kepada nelayan laut dalam (lesen C2) yang mana mereka menggunakan sehingga 24,000 liter diesel subsidi. Tetapi, mereka ini bukanlah nelayan perseorangan, sebaliknya adalah syarikat yang mengaut untung besar.

Berapa ramaikah nelayan laut dalam yang terlibat dengan pengurangan subsidi diesel?

NOH: Mengikut data yang dikeluarkan, sehingga kini sebanyak 1,119 lesen nelayan laut dalam didapati masih aktif. Jumlah ini yang ditanggung kerajaan. Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi adalah disebabkan beberapa perkara, antaranya penyalahgunaan subsidi di kalangan nelayan sendiri. Ada antara mereka didapati menjual minyak subsidi kepada nelayan asing ketika berada di perairan antarabangsa dan ada yang menjual hasil tangkapan kepada nelayan asing, juga semasa di perairan antarabangsa. Sepatutnya mereka jual hasil tangkapan berkenaan kepada negara. Tetapi sebaik pulang ke jeti, mereka mendakwa tidak mendapat hasil tangkapan. Bagaimanapun, penarikan subsidi bukanlah bertujuan menganiaya nelayan kerana kerajaan menambah beberapa insentif lain.

Apakah intensif yang diberikan kerajaan kepada nelayan tersebut?

NOH: Kerajaan memberikan RM200 sebulan kepada setiap nelayan yang turun ke laut dengan syarat mereka adalah rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, tanggungjawab kerajaan di mana setiap kilogram ikan yang ditangkap nelayan laut dalam itu akan diberikan tambahan intensif sebanyak RM0.10 lagi, menjadi RM0.20. Sebelum pengurangan subsidi adalah galakan kerajaan adalah sebanyak RM0.10 sahaja. Antara sebab galakan ini diberikan bagi mengelakkan hasil tangkapan nelayan dijual di perairan antarabangsa.

Apakah tindakan mogok yang dibuat oleh nelayan laut dalam memberi kesan terhadap harga ikan di pasaran?

NOH: Kejadian sebegini tidak memberikan kesan besar kepada pasaran, kerana kerajaan telah bertindak dengan lebih cepat di mana kita telah mengarahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membawa masuk ikan import tambahan sebanyak 110 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan pengguna. Jadi saya yakin kenaikan harga dan makanan laut tidak berlaku dengan perancangan kerajaan mengatasinya.

Bagaimana Datuk Seri melihat sesetengah Ahli Parlimen pembangkang memainkan isu ini sebagai modal politik ?

NOH: Inilah pembangkan. Sepatutnya mereka sebagai Ahli Parlimen, gunakanlah saluran Dewan Rakyat bagi mendapatkan maklumat tepat, bukan mengelirukan fakta. Jangan gunakan media. Isu ini sengaja dimainkan untuk kepentingan politik mereka sahaja.

BN sedia tawan Selangor, Pakatan tak berlaku adil

Pakatan pembangkang menyasarkan untuk menakluk Parlimen Tanjong Karang. Apa komen Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen kawasan itu?

NOH: Mereka berhajat nak tawan Tanjong Karang sahaja, bagaimanapun kita (Barisan Nasional) sedang merencanakan untuk mendapatkan semula Selangor. Setakat datang sehari (ke Tanjong Karang), apa sangat yang boleh dilakukan melainkan memberi janji-janji palsu. Jika bercakap berkenaan pendidikan, mereka paling tidak layak, kerana semua agensi pendidikan di bawah Kerajaan Selangor semakin kritikal. Lihatlah Yayasan Selangor, Universiti Selangor (Unisel), sementara perancangan kita membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hulu Selangor dibantah. Kita langsung tidak gusar. Kebanyakan rakyat datang mendengar ceramah mereka sekadar nak dengar apa yang dijanjikan dan apa pula yang hendak diputarkan. Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dan menganggap ceramah mereka tidak lebih sebagai penglipur lara. Sebenarnya, ereka telah kehabisan isu.

Isu kroni? Mereka juga lebih.

Apakah Selangor berlaku adil apabila menamatkan kontraktor Alam Flora?

NOH: Ini yang sering kita lihat, mereka kononnya sering melaungkan tentang keadilan. Tetapi lihat kes pemberhentian 36 kotraktor penyelenggaraan yang masih mempunyai baki kontrak bersama Alam Flora bermula 1 Julai. Bagaimana dengan kadar hutang kepada mereka ini yang mencecah sebanyak RM18 juta kepada kontraktor juga gagal dijelaskan. Jika hendak berlaku adil, Kerajaan Negeri hendaklah melunaskan kesemua hutang-hutang yang ditanggung mereka. Jika nak adil, syarikat yang masih berhutang ini sepatutnya diberi semula kontrak tetapi malangnya kontrak mereka telah ditamatkan begitu sahaja.

Sebelum menjadi Kerajaan Negeri mereka berhasrat menghapuskan tender secara terus, tetapi berlaku sebaliknya seperti yang didedahkan sebuah laman web?

NOH: Ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin. Mereka bercakap kononnya mahu membuat pembaharuan, sebaliknya semua hanyalah retorik. pegawai tadbir yang dipilih terdiri daripada individu yang korupsi seperti mana berlaku di Yayasan Selangor. Tunjuk apa yang benar-benar mereka laksanakan apabila memerintah Selangor. Tiga tahun mereka memerintah, pelbagai kerosakan dan kesilapan yang dilakukan. Salah tadbir urus ini akan memburukkan masa depan Selangor yang digelar negeri maju dalam Malaysia.

Fitnah adalah senjata politik paling ganas, apa pendapat Datuk Seri?

NOH: Betul, mulut lebih tajam daripada pedang. Bukan hanya politik, rumah tangga pun jika difitnah adalah amat sukar diselamatkan. Saya sendiri pernah menjadi mangsa fitnah. Berbanding dulu, fitnah berlaku dari mulut ke mulut, surat layang dan sebagainya. Tetapi hari ini penggunaan Internet menyebabkan fitnah lebuh mudah tersebar. Rakyat perlu sedar hakikat ini. Saya percaya pembangkang lebih mahir dalam permainan ini sehingga sanggup menuduh BN menjadi dalang penyebaran video seks yang membabitkan pemimpin pembangkang. Jika mereka merasakan ini fitnah, mereka tidak perlu bimbang malahan berterima kasih kepada kepada BN kerana menyedarkan rakyat mengenai fitnah. Mereka tidak perlu risau kerana itu adalah fitnah, tetapi hari ini mereka gusar. Apa saja yang dilakukan UMNO tidak kena termasuklah menuduh BN mendaftar pengundi hantu kerana mereka tidak boleh terima hakikat sebenar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MB Selangor sokong Bersih

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

MB Selangor sokong Bersih SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini walaupun dikecam pelbagai pihak.

Abdul Khalid berkata, tindakan menghalang perhimpunan itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebaliknya 'merumitkan' lagi keadaan.

"Kita ada dua pilihan. Pertama benarkan, tetapi ia perlu dijalankan dengan tertib dan teratur. Kedua, kalau sekat tidak akan selesaikan masalah. Tetapi ia terpulang kepada pihak polis untuk tentukan perkara ini.

"Sebagai pandangan orang yang mentadbir negeri, kita kena terima (perhimpunan ini) kerana sekiranya disekat lebih ramai terlibat dalam protes sebegini untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkara itu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dihoskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Abdul Khalid berkata, pihak berkenaan perlu menjadikan Kerajaan Indonesia sebagai contoh negara yang membenarkan rakyatnya mengadakan protes.

"Tengok pengalaman Indonesia, mereka memberi peluang kepada rakyatnya melakukan protes tetapi dilakukan secara teratur.

"Ini memberi kesan mendalam kepada kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dijalankan.

"Keterbukaan seperti ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi di negara terbabit," katanya.

Ditanya mengenai kesan perhimpunan itu terhadap keselamatan serta harta benda awam, Abdul Khalid percaya tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada hari tersebut.

"Rakyat mesti bijaksana, kena tertib dan teratur supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

"Kalau tidak mahu perhimpunan ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan perbincangan dengan penganjur Bersih. Betulkan apa yang perlu diperbetulkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved