Selasa, 21 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Amah bakal dapat perlindungan insurans

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Amah bakal dapat perlindungan insurans

KUALA LUMPUR - Dengan bayaran serendah RM70 setahun, pembantu rumah Indonesia bakal mendapat perlindungan dan layak menerima pampasan sehingga RM40,000 sahaja jika ditimpa kemalangan ketika berkhidmat apabila skim insurans untuk mereka diperkenalkan tidak lama lagi.

Dua syarikat insuran Etiqa Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas akan menawarkan beberapa faedah kepada pembantu rumah Indonesia termasuk khairat kematian, bayaran bil hospital dan kos perubatan di bawah skim itu yang dilaksanakan di bawah Program Hal Ehwal Pembantu Rumah (Helper).

Pengerusi Saba Islamic Domestic Help Advisory (SAIDHA), Sabariah Abdullah, berkata perlindungan insurans tersebut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Indonesia di sini dan kerajaan Malaysia serta disokong oleh 33 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Jemaah Islam Malaysia (JIM).

"Insurans ini dibiayai oleh majikan," katanya selepas majlis pelancaran program Helper dan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara SAIDHA, Kedutaan Indonesia dan rakan-rakan strategik.

Beliau berkata, program insurans ini yang akan dilaksanakan tidak lama lagi turut melibatkan dua institusi kewangan, Maybank Bhd dan CIMB Bhd bagi memudahkan pembayaran gaji pembantu rumah dibuat setiap bulan.

Turut hadir Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia di sini Agus Triyanto dan Presiden Amah Malaysia (MAMA), Engku Fauzi Engku Muhsein.

Sementara itu, Engku Fauzi berkata, pihaknya menyokong penuh usaha itu sebagai tanda tanggungjawab berdasarkan kontrak kerja antara majikan dan pembantu rumah.
"Kebanyakan majikan tidak mengetahui hak mereka. MAMA berperanan sebagai platform untuk majikan menyuarakan hak mereka dan mengadukan masalah berkaitan pembantu rumah," katanya.

Program Helper yang diumumkan pada 10 Jun lalu, berperanan bagi memperbaiki mutu kerja dan tahap perkhidmatan pembantu rumah dari Indonesia melalui program orientasi dan latihan amali selain memantau keselamatan pembantu rumah dengan mengaplikasikan kaedah pemantauan keganasan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Permohonan Hindraf untuk ketepikan keputusan Najib dan tiga yang lain ditetapkan 30 Jun ini

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Permohonan Hindraf untuk ketepikan keputusan Najib dan tiga yang lain ditetapkan 30 Jun ini

KUALA LUMPUR - Permohonan setiausaha Hindraf Makkal Shakti (Hindraf) bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mengetepikan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi yang tidak meluluskan Hindraf sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan diputuskan pada 30 Jun ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi di sini selepas mengadakan pertemuan dengan peguam M.Manoharan yang mewakili setiausaha Hindraf, P.Ramesh dan Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail yang mewakili Najib dan tiga yang lain.

Pada 25 Mei lepas, Ramesh, yang dinamakan selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran itu di Pejabat Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan M.Manoharan& Co.

Selain Najib, Ramesh turut menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan sebagai responden.

Ramesh turut menuntut satu perintah mandamus mengarahkan responden-responden memutuskan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pertubuhan dan undang-undang dalam tempoh tujuh hari dari perintah mahkamah supaya membenarkan permohonannya sebagai NGO.

Menerusi afidavit sokongan Ramesh berkata pihaknya telah menghantar permohonan pada 2 Okt 2009 supaya Hindraf diluluskan dan didaftarkan sebagai NGO tetapi responden-responden itu enggan meluluskannya.

Ramesh berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan hak kebebasan untuk menubuhkan persatuan yang termaktub dalam Artikel 10(1)(C) dan dibaca bersama Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata.

Ketika ditemui pemberita, M. Manoharan berkata, beliau berhujah sehingga ke hari ini pihak responden tidak pernah memfailkan afidavit berhubung kes berkenaan di mahkamah dan setakat ini masih berdiam diri berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

"Sehubungan itu, peguam kanan persekutuan tidak boleh berhujah di mahkamah tanpa disokong oleh afidavit bagi pihak responden-responden," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu pemberita, beliau berhujah bahawa responden pertama iaitu Najib dan Hishammuddin, selaku responden kedua tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam kes ini kerana mereka bukan pihak yang membuat keputusan sama ada Hindraf perlu diluluskan dan didaftarkan sebagai NGO.

"Permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman ini adalah suatu yang remeh-temeh dan sepatutnya ditolak oleh mahkamah," katanya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved