Selasa, 21 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

RM5 juta dana untuk anak staf

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

RM5 juta dana untuk anak staf SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu dana khas berjumlah RM5 juta untuk pembangunan pendidikan dan modal insan anak-anak kakitangan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat supaya kakitangan kerajaan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mempunyai peluang untuk mendapatkan pembiayaan sepatutnya.

"Pendidikan dan modal insan adalah amat penting kepada Kerajaan Negeri dan kita mahu pastikan anak-anak kakitangan membesar dengan sempurna kerana ini akhirnya akan membantu membentuk negeri yang maju dan berdaya saing.

"Ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kita kepada warga kerja yang banyak berkorban membantu kerajaan menjalankan pentadbiran cekap, telus, berhemah dan berkesan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan yang dihoskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Abdul Khalid berkata, dana itu diperoleh daripada hasil perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditubuhkan untuk menjayakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

:"Kumpulan Semesta sekarang mendapat keuntungan kasar yang meningkat kepada RM24.47 juta pada 2010 dan RM 7.1 juta pada 2011.

"Jadi, kita ambil sebahagian daripada keuntungan ini untuk menolong kakitangan kerajaan," katanya.

Menurutnya, perlaksanaan dana tersebut akan diperhalusi melalui perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sementara itu Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri memperkenalkan program 'baucar pembelian barangan makanan' untuk warga emas di seluruh Selangor dalam usaha penambahbaikan pengendalian Skim Mesra Usia Emas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, program yang diadakan Julai itu akan melibatkan seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Program ini disediakan khusus untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan dalam sistem data yang ada kini hampir 200,000 warga emas di negeri ini telah mendaftar bagi program berkenaan," katanya.

Beliau berkata, untuk program baru itu, pihaknya akan memberikan baucar bernilai RM100 setiap seorang untuk membolehkan mereka berbelanja di pasar raya besar yang mengambil bahagian dalam program itu.

"Oleh yang demikian, kita akan lancarkan program 'Jom Pergi Shopping Bersama ADUN' dan bagi warga emas yang menyertainya akan dibawa ke pasar raya besar di mana mereka akan diraikan serta diberi baucar untuk berbelanja," katanya ketika mengadakan Program Mesra Antara Menteri Besar dan Rakyat di Dengkil, kelmarin.

Menurutnya, setakat ini syarikat besar seperti Tesco, Giant dan Econsave menyatakan keinginan untuk turut serta dalam program berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved