Selasa, 21 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Penguat kuasa JPJ maut

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Penguat kuasa JPJ maut SEREMBAN - Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh selepas dirempuh kereta ketika sedang melakukan pemeriksaan lori rosak di Batang Benar, Nilai, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi, ketika Wardi Ahmad, 28, bersama tiga rakannya yang menaiki kereta peronda JPJ memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

Jurucakap polis berkata, mangsa ketika itu sedang berdiri dibelakang kereta peronda JPJ terbabit sebelum dirempuh kereta jenis Ford Laser yang datang dari arah belakang.

"Kereta berwarna hijau itu dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa tersepit pada kenderaan berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira 1.10 tengahari tadi (semalam)," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jenazah dibawa ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Sementara tiga lagi anggota JPJ serta pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Menurutnya, pemandu Ford laser Ismail Dahlan, 44, berasal daripada Batang Benar, di sini juga dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di HTJ akibat cedera parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih disiasat.

Sementara, saksi kejadian, Mohd Aezrool Aadzree Rosni, 29, berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan dia tergamam ketika melihat sebuah kereta terbabas, lalu merempuh rakan setugasnya itu.

"Saya nampak kereta Ford Laser itu dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh arwah di bahagian belakang kereta peronda JPJ," katanya.

Menurutnya, ketika itu, dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri dan terus berlari ke tempat selamat.

"Jika saya tidak lari, mungkin saya juga jadi mangsa. Bagaimanapun, saya tidak sangka arwah meninggal dunia dengan keadaan sebegini," katanya.

Aezrool berkata, dia dan rakan baiknya itu bertugas dalam satu pasukan berkhidmat sejak tiga tahun lalu.

"Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung dan seorang anak berusia setahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut ditetak empat lelaki

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Maut ditetak empat lelaki KUALA LUMPUR – Seorang pekerja buruh binaan maut ditetak sekumpulan lelaki dalam pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Cheras di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, seorang rakannya cedera parah manakala seorang lagi hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, semua warga Indonesia, menaiki bas dari Taman Len Seng menuju ke pusat bandar untuk pulang ke rumah di Kampung Baru.

Menurutnya, ketika di dalam bas, berlaku perselisihan faham di antara mangsa de-ngan empat lelaki.

Beliau berkata, ketika bas berhenti di jejantas berhampiran Bazaria Larut Malam, Velodrome, mangsa dipaksa turun oleh kumpulan terbabit.

"Mangsa dan rakannya terus melarikan diri, menyeberangi jalan raya menuju perkuburan Kristian di sini.

"Suspek kemudiannya menyerang dengan senjata tajam dipercayai parang sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan seorang rakannya cedera parah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa berasal dari Surabaya, namun polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Chin Wah berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata digunakan suspek.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan rakan mangsa yang hilang itu untuk membantu polis memberkas suspek," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan rakannya yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Chin Wah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved