Isnin, 20 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nato mengaku bunuh budak

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nato mengaku bunuh budak TRIPOLI - Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) semalam mengaku menyerang sebuah rumah di Tripoli di mana pegawai Libya melaporkan sembilan orang awam terbunuh termasuk dua kanak-kanak dalam satu siri serangan ganas, kelmarin.

Kejadian baru itu dipercayai bakal menimbulkan keraguan mengenai tujuan sebenar operasi ketenteraan di Libya.

Serangan udara itu adalah bukti paling jelas pengeboman Nato menyebabkan kematian orang awam dan berlaku pada masa tentera bersekutu itu sedang berhadapan tekanan kerana operasi tersebut mengambil masa dan sumber kewangan jauh melebihi jangkaan.

Nato berkata serangan itu kononnya disasar kepada tapak pelancaran peluru berpandu milik tentera Libya tetapi kegagalan sistem senjata dipersalahkan tentera bersekutu Barat itu sebagai punca kematian orang awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Korea Selatan mohon maaf

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tentera Korea Selatan mohon maaf SEOUL - Tentera Korea Selatan, semalam, memohon maaf selepas dua askarnya melepaskan tembakan ke arah sebuah pesawat komersial yang membawa 119 penumpang dan anak kapal.

Pesawat milik syarikat Penerbangan Asiana itu sedang bersedia untuk mendarat Jumaat lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, 70 kilometer barat Seoul, apabila dua askar itu melepaskan tembakan ke arah pesawat tersebut kerana menyangka ia adalah jet milik tentera Korea Utara.

Menurut jurucakap tentera Seoul, tembakan itu hanyalah sebagai amaran dan tiada sebarang kerosakan berlaku terhadap pesawat tersebut kerana ia berada jauh daripada sasaran tembakan.

"Mereka meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan awam berhubung insiden itu dan kami tidak merancang untuk menghukum dua anggota marin tersebut kerana mereka bertindak mengikut prosedur," menurut jurucakap tentera.

Hubungan kedua negara berada dalam keadaan paling tegang dalam beberapa dekad selepas Pyongyang memutuskan semua hubungan dengan Seoul, bulan lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved