Isnin, 20 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

10 projek terbengkalai kritikal

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

10 projek terbengkalai kritikal KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengenal pasti sebanyak 10 projek terbengkalai dan lima lagi projek bermasalah di daerah ini sejak tahun 2003.

Difahamkan, projek yang terbengkalai ialah, Taman Cahaya 2 Bestari Jaya, Taman Desa Mawar Sungai Terap, Desa Kerayong Indah Jeram, Taman Kelisa Jeram, Alam Perdana, rancangan revolusi Hijau peringkat kedua Bukit Cherakah, Taman Sungai Yu Indah, Taman Setia Budi di Jeram, Taman Seri Wangi Tanjong Karang dan Taman Damai 2 Tanjong Karang.

Penolong Pegawai Tadbir, Unit Aduan, Perhubungan Awam dan Korporat MDKS, Zurzana Bajuri berkata, projek pemberi milikan tanah secara terancang di bawah program pembesaran kampung seluas 86.4 hektar antara projek paling kritikal dan tiada perkembangan setakat ini.

Menurutnya, projek Desa Kerayong Indah melibatkan pembinaan sebanyak 1,012 unit rumah sederhana setingkat, 112 unit rumah berkembar setingkat, 142 rumah teres dan 28 unit rumah kedai di Kampung Bukit Kerayong.

"MDKS mengenal pasti kerja pembinaan bangunan hanya 47 peratus siap dan tiada kemudahan infrastruktur di kawasan itu.

"Kerajaan Negeri dalam cadangan untuk melantik pemaju penyelamat bagi membolehkan projek terbengkalai itu dapat dimajukan semula," katanya.

"Projek Taman Sungai Yu Indah yang membabitkan 499 unit dikenal pasti hanya siap 30 peratus sahaja dan kemajuan projek terlalu perlahan.

"Malah, ada permohonan kebenaran untuk merancang menaiktaraf rumah kos rendah kepada kos sederhana termasuk menaikkan harga rumah.

"MDKS terpaksa menolak permohonan berkenaan kerana perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Projek perumahan di Alam Perdana, Puncak Alam yang terbengkalai kini diambil alih Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri memberi jaminan tiga bulan kepada kontraktor dilantik untuk menyiapkan rumah tersebut selepas pemaju sebelum ini, menyalurkan keuntungan jualan tanah miliknya untuk Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor.

Dana RM41 juta yang disalurkan itu membolehkan pemaju berkenaan meneruskan projek terbabit setelah mempersetujui syarat Kerajaan Negeri selepas sesi dialog Mac lalu.

Zurzana berkata, bagi projek pembinaan perlahan membabitkan Taman Kilauan Bestari Jaya, rumah retak di Blok Gemalai dan Blok Dewi di Puncak Alam, Taman Khatijah di Tanjong Karang, Taman Wawasan Tanjong Karang dan projek perumahan unit rumah berkembar siap dibina dengan konsep bina dan jual tetapi tiada surat kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"MDKS sentiasa mengenal pasti dan memantau projek yang berdaftar di daerah ini selain mengemukakan laporan berhubung projek yang terbengkalai kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved