Isnin, 20 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayi lima bulan maut

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bayi lima bulan maut ALOR GAJAH - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut semasa dalam perjalanan ke hospital akibat demam, selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kampung Panchor, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, kereta Proton Iswara dinaiki empat sekeluarga dalam perjalanan dari Durian Tunggal ke Hospital Alor Gajah bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

Ketika kejadian, pemandu Proton Iswara Aeroback itu dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan lain, lalu merempuh kereta keluarga berkenaan dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan itu, bayi terbabit, Siti Norfaris Izati, lima bulan, meninggal dunia semasa dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

Manakala, bapa mangsa, Albaniza Alwi, 35, bersama isteri, Faridah Sabtu, 29, serta seorang lagi anaknya, Mohd Norfaris Ridwan, 7, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Seorang saksi kejadian, Mustafa Mohd Isa, 37, berkata, dia terlihat empat sekeluarga berkenaan sudah terperangkap dalam kereta.

"Saya nampak seorang wanita masih memeluk erat bayi berkenaan yang masa itu sudah kelihatan diam.

"Apabila saya menoleh ke tempat duduk belakang, saya lihat seorang lagi anak mangsa dalam keadaan terbaring sedang mengerang kesakitan. Saya terus membawa keluar kanak-kanak itu serta bayi berkenaan untuk dibawa ke hospital," katanya.

Menurutnya, pemandu yang tersepit kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba sejurus selepas itu, sebelum dibawa ke hospital.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Iswara Aeroback dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun itu gagal memotong kereta di hadapannya akibat laluan berbukit.

"Akibatnya, kereta lelaki terbabit bersama seorang penumpang berusia 51 tahun tidak dapat mengelak semasa kereta mangsa datang dari arah bertentangan," katanya kepada Sinar Harian ditempat kejadian, kelmarin.

Sementara itu, ibu saudara bayi terbabit, Elma Suhana Jamaludin, 30, berkata, sebelum kejadian, bayi berkenaan diambil kedua ibu bapanya di rumahnya di Kampung Belimbing Dalam, dekat sini untuk membawanya ke Hospital Alor Gajah kerana demam.

"Seperti biasa, saya menjaga bayi berkenaan setiap kali ibu-bapanya pergi kerja. Petang semalam (kelmarin), kedua-dua ibu bapanya datang untuk menghantar anaknya itu ke hospital kerana demam.

"Mereka datang kira-kira 3 petang dan sempat berehat serta berbual sebelum bertolak menuju ke hospital kira-kira 6 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Mayat Siti Norfaris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belimbing Dalam, Durian Tunggal, sebelum solat Zohor semalam, manakala tiga ahli keluarganya masih dirawat di Hospital Melaka.

Bapa mengaku sekedudukan

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bapa mengaku sekedudukan KOTA BHARU - Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak.

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam.

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya.

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur.

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya.

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang.

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun.

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved