Isnin, 20 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tuntut hak

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tuntut hak KUANTAN - Selepas sembilan tahun aktiviti kuari bermaharajalela di dalam kawasan ladang kelapa sawit peneroka di Felda Sungai Panching Selatan dan Felda Sungai Panching Utara, kini peneroka tampil menuntut hak mereka selepas menyedari terdapat kemusnahan berlaku.

Kemusnahan yang berlaku bukan sahaja menyebabkan pokok mati dan rosak tetapi juga mengubah bentuk muka bumi ladang menuju ke tapak kuari sejauh 3.4 kilometer (km) dari jalan masuk.

Malah, peneroka terpaksa berdepan dengan kerugian selepas tanaman mereka tidak dapat hidup subur seperti biasa ekoran keadaan berdebu akibat ratusan lori yang keluar masuk membawa muatan kuari setiap hari.

Kesengsaraan peneroka seolah-olah tidak bernilai apabila pengusaha kuari tidak memberi respons selepas beberapa kali mesyuarat diadakan.

Sebagai jalan terakhir, peneroka terbabit mengambil keputusan menutup jalan masuk bagi menghalang ratusan lori menjalankan operasi mereka semalam selain menuntut hak mereka yang diabaikan sebelum ini.

Insiden itu akhirnya membawa kepada mesyuarat meja bulat antara peneroka dan wakil pengusaha kuari yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian.

Peneroka terpaksa tanggung kerugian

Pengerusi Pertubuhan Peneroka Felda Sungai Panching Selatan, Ibrahim Hussain berkata, peneroka tidak mampu bersabar apabila semakin banyak kemusnahan berlaku di dalam ladang sehingga terpaksa menanggung kerugian setiap bulan.

Menurutnya, hampir sembilan tahun peneroka teraniaya dengan sikap lepas tangan pengusaha kuari sehingga menanggung kerugian puluhan ribu.

"Pada musim kemarau, debu memenuhi kawasan yang dilalui lori dan pokok disaluti debu menyebabkan pokok rosak dan mati bermula dari jalan masuk menuju ke kuari.

"Bukan setakat itu sahaja, pihak pengusaha kuari juga bertindak melebarkan jalan masuk tanpa kebenaran peneroka menyebabkan ia memasuki sempadan tanah peneroka sehingga menyebabkan beberapa pokok ditebang bagi tujuan tersebut," katanya ketika ditemui pada pertemuan bersama wakil pengusaha kuari yang diadakan di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Mohd Zaili Besar.

Ibrahim berkata, masalah bertambah teruk di dalam kawasan ladang apabila berlaku banjir lumpur disebabkan aktiviti kuari yang dijalankan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan.

"Saya berharap masalah ini dapat diatasi dan pengusaha kuari dapat memberi jaminan untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku antaranya memastikan kawalan terhadap lori yang keluar masuk selain memberi pampasan terhadap laluan kabel bawah tanah yang membabitkan tanah peneroka selain memantau sungai yang dikorek," katanya.

Bagi peneroka, Ahmad Fadil Mohd Basirun, pula memberitahu, walaupun kuari tersebut sudah beroperasi pada tahun 2002, namun mereka menyedari kemusnahan berlaku pada 2009.

Menurutnya, peneroka sudah banyak bertolak ansur dengan pengusaha kuari yang semakin hari semakin banyak mengaut untung sedangkan peneroka menanggung sengsara akibat hasil tanaman banyak yang mati.

"Banjir lumpur yang berlaku menyebabkan peneroka tidak dapat melakukan proses pembajaan ekoran air dari kuari yang dilepaskan ke kawasan ladang.

"Laluan air yang sudah menjadi anak sungai (dulu parit) menyebabkan laluan air semakin banyak merosakkan tanaman kami malah turut mengubah bentuk muka bumi sedia ada," katanya.

Beri tempoh

Sementara itu, Mohd Zaili berkata, perjumpaan yang diadakan antara peneroka dengan wakil pengusaha kuari diadakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi peneroka sejak sekian lama.

Katanya, walaupun sudah beberapa kali isu itu diperkatakan dalam mesyuarat namun masih buntu mencari penyelesaian.

"Justeru, tindakan untuk bersemuka dengan wakil pengusaha kuari diambil untuk berbincang dari hati ke hati agar tiada salah faham berlaku.

"Kita tidak mahu mencari salah sesiapa tetapi apa yang berlaku menyebabkan salah satu pihak menanggung kerugian ribuan ringgit dan ia tidak adil," katanya.

Mohd Zaili berkata, dalam jangka masa pendek, pengusaha kuari diberi tempoh untuk memenuhi tuntutan peneroka hasil perjumpaan tersebut.

"Namun, keputusan akhir akan dicapai dalam mesyuarat hari ini (Selasa) dan saya berharap kata putus akan dicapai," katanya.

Mohd Zaili berkata, hasil perbincangan itu juga jalan masuk yang ditutup peneroka dibuka semula atas dasar timbang rasa kepada pengusaha kuari.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan lebih 20 lot tanah peneroka di Felda Panching Selatan dan Utara terjejas gara-gara aktiviti tiga kuari di sini yang menyebabkan hasil ladang mereka berkurangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved