Isnin, 20 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Empat maut jatyuh gaung

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Empat maut jatyuh gaung GUA MUSANG - Empat lelaki, termasuk dua adik beradik maut apabila lori yang mereka naiki penuh muatan baja menjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Lojing Lama, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa yang terbunuh di tempat kejadian berasal dari Perak di kenali sebagai pemandu lori, S Balakrishnan, 39, kelindanya, K Muniandy, 31, dan dua pekerja membabitkan dua beradik Orang Asli, Bah Chiumebu Saleh, 30, dan adiknya, Bah Jipi, 28.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika lori yang dinaiki mereka penuh muatan baja dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Lojing melalui Jalan Lojing Lama untuk dihantar ke sebuah kebun sayur.

Semasa dalam perjalanan itu, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung.

Dua daripada mangsa tercampak keluar dari lori itu manakala dua lagi tertimbus di bawah timbunan baja berhampiran lori yang terbalik itu hingga memaksakan sepasukan 10 anggota bomba dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat dua mangsa itu manakala dua lagi mangsa ditemui berhampiran lori.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang melalui jalan berkenaan menuju ke Cameron Highlands.

Beliau berkata, lori itu terbalik semasa menjunam ke dalam gaung menyebabkan dua mayat mangsa tercampak keluar dan ditemui dalam keadaan cedera parah berhampiran lori tersebut.

"Saya tengok lori itu menjunam ke dalam gaung amat menakutkan sekali sebelum saya bergegas ke tempat kejadian untuk melihat mangsa bagi jika masih hidup.

"Malangnya, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah hingga seorang daripada terburai perutnya," katanya.

Menurutnya, Jalan Lojing Lama itu memang bahaya kerana bukit tinggi dan jalan sempit yang mudah berlaku kemalangan sekiranya tidak berhati-hati termasuk kenderaan berat.

Jurucakap polis yang mengesahkan mengenai kejadian kemalangan itu berkata, mayat empat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing lewat, malam semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved