Isnin, 20 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Contohi pilihan raya Turki

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Contohi pilihan raya Turki SHAH ALAM – PKR menggesa kerajaan mencontohi proses pilihan raya Turki yang disifatkan antara negara yang memiliki sistem pemilihan yang telus.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ia adalah strategi terbaik yang perlu dicontohi untuk menjadi sebuah negara yang adil kepada rakyat.

Beliau yang ditugaskan memantau proses pilihan raya di kawasan Batman, melihat sendiri bagaimana Menteri Kewangan Turki, Memet Simsek berkempen secara aman di daerah paling bergolak itu.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, beliau mendapati wujud beberapa aspek yang patut dicontohi seperti tahap profesionalisme pihak polis dalam mengawal perusuh ketika Simsek mengadakan lawatan.

"Ketika itu, saya diiringi skuad Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan skuad polis. Apa yang memeranjatkan, di kawasan paling hitam itu, FRU dilatih, jangan sentuh perusuh, mereka hanya tahan, tunggu polis perusuh sampai dan didakwa di mahkamah," katanya.

Nurul Izzah salah seorang daripada 10 anggota delegasi yang menjadi tetamu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memenangi pilihan raya Turki, 12 Jun lalu.

Menurutnya, apa yang penting, kehidu-pan rakyat perlu dikembalikan walaupun mereka masih dibayangi kisah kehidupan lampau.

"Mesej utama yang kita perlu pegang, prinsip kebebasan melangkaui segala-galanya," katanya.

AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan peningkatan peratusan undi setiap kali pilihan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasar sejuta pengunjung

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sasar sejuta pengunjung SHAH ALAM - Karnival kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) menyasarkan sejuta pengunjung bakal mengambil bahagian dalam karnival dianjurkan di lima negeri bagi memberikan peluang kerjaya kepada golongan muda.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival seterusnya itu bakal di sertai lebih 2,000 syarikat dan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan sedia ditawarkan kepada belia dan beliawanis.

"Kami berharap syarikat korporat dan multinasional bersama-sama menawarkan peluang pekerjaan kepada belia di seluruh negara.

"Penganjuran ini dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran, seterusnya melonjakkan ekonomi negara dan memastikan rakyat di negara ini hidup lebih baik," katanya.

Karnival Kerjaya Pemuda BN sebelum ini telah melakar sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Record sebagai karnival kerjaya terbesar yang pernah diadakan dalam negara.

Pengiktirafan itu diberikan kerana melibatkan penyertaan 650 syarikat dan 40,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

Lima negeri terlibat sepanjang Julai ini seperti Kedah, di adakan di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani, The Zenith Hotel & Sultan Ahmad Shah Convention Centre, Kuantan dan Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh,

Penganjurannya turut diadakan di Sabah Trade Centre, Likas Bay, Kota Kinabalu dan berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 7 hingga 9 Oktober.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat dengan melayari dan berdaftaran secara dalam talian di laman web rasmi karnival, www.bnyouthjobfair.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved