Selasa, 21 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

60 haiwan dirampas

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

60 haiwan dirampas SENAI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas lebih 60 haiwan yang dilindungi daripada Zoo Saleng di sini selepas permit khas bagi pemilikan haiwan tersebut tidak diperbaharui oleh jabatan itu.

Pengarahnya, Saharudin Anan berkata, permit khas zoo persendirian itu tamat pada Mac lalu, tidak mendapat kelulusan untuk diperbaharui kerana melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Pelbagai kesalahan dikesan yang dilakukan oleh zoo ini. Selain melanggar akta yang ditetapkan, mereka juga didapati mengeksploitasi haiwan dan kami turut mengambil kira aduan orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Kesemua haiwan yang dirampas ini akan dibawa ke Pusat Penyelamat di Zoo Melaka, di mana operasi pemindahan ini akan membabitkan tempoh seminggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Zoo Saleng, di sini, semalam.

Lebih 64 anggota jabatan itu dikerahkan memindahkan haiwan-haiwan yang dilindungi di zoo terbabit yang mula dilakukan sejak semalam dan dijangka berakhir 27 Jun ini.

Saharudin berkata, antara haiwan yang dirampas ialah 32 harimau dan dua anak harimau, 10 singa dan empat anaknya, babi hutan (3), iguana (1), seekor tiong emas, kucing batu (2), landak raya (3), beruk (4), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (3), beruang (5) dan kera (4).

Katanya, zoo tersebut sebelum ini mempunyai beberapa rekod lampau yang membabitkan kesalahan yang sama.

"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo ini merayu sejak tiga bulan lalu, dan tiada penambahbaikan dan tinda­kan yang dibuat mengikut akta yang ditetapkan bagi kelulusan permit khas tersebut dibuat.

"Atas sebab tersebut kita bertindak menggunakan kuasa merampas kesemua haiwan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan saya ingin tegaskan zoo ini tidak ditutup," katanya.

Saharudin berkata, pihaknya juga menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi urusan perpindahan haiwan terbabit.

Sementara itu, pemilik zoo tersebut, Chai Sip Yee berkata, pihaknya akan membuat rayuan dan berjumpa dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu rampasan ini.

"Zoo ini telah beroperasi sejak 17 tahun lalu, dan pelbagai masalah dan penambahbaikan telah dilakukan.

"Apabila hampir kesemua haiwan ini dirampas, bagaimana zoo ini mahu beroperasi? Saya anggarkan kerugian daripada rampasan ini membabitkan nilai RM6 juta," katanya.

Sementara itu, bagi penjaga haiwan di zoo tersebut, Sivapriyan berkata, hubungannya dengan haiwan di situ akrab, malah haiwan liar yang dibela di situ jinak.

"Saya yang mendidik mereka sejak 17 tahun lalu, dan hampir kesemua haiwan kategori haiwan liar dijinakkan. Jika ada aduan mengenai haiwan ini didera, saya tegaskan ia sama sekali tidak berlaku.

"Jika mereka dalam keadaan tertekan, masakan haiwan ini boleh melahirkan baka yang ramai dan lebih 100 harimau telah diberikan kepada zoo lain atas program pertukaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved