Selasa, 21 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bapa nekad redah api

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bapa nekad redah api KUALA TERENGGANU – Malang berganda! Tidak sampai 48 jam melalui detik mencemaskan setelah premis perniagaan dua tingkat yang didiami dilanda ribut, tiga buah keluarga di sini, sekali lagi terpaksa berhadapan tragedi 'ngeri' selepas tinggal sehelai sepinggang dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Kubang Lembik, Manir, awal pagi, semalam.

Premis perniagaan yang mempunyai dua buah kedai runcit, sebuah kedai menjual komponen motosikal, kedai membaik pulih barang elektronik dan sebuah premis membuat air berkarbonat di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu hangus sama sekali dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu.

Salah seorang mangsa, Mohamad Abdullah, 52, ketika menceritakan detik mencemaskan itu berkata, dia hanya menyedari kejadian berlaku selepas terdengar bunyi bising suara orang ramai di luar premis.

"Ketika itu, saya bersama isteri dan empat anak sedang lena tidur diruang tamu rumah. Saya terkejut secara tiba-tiba selepas terdengar suara orang ramai menjerit-jerit di luar rumah.

"Pada awalnya saya menyangka berlaku ribut kali kedua, namun selepas melihat api yang sedang marak, tanpa berlengah saya kejutkan isteri dan anak-anak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Mohamad, disebabkan anak-anaknya sukar dikejutkan, dia nekad meredah api mengangkat keempat-empat mereka secara bergilir-gilir dan diletakkan di bawah pokok kelapa berhampiran premis berkenaan.

"Keadaan itu menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda dan kini, kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Walaupun begitu, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat," katanya.

Bayi 25 hari terselamat

Selain keluarga Mohamad, seorang bayi berusia 25 hari antara yang turut terselamat dalam kejadian itu.

Ibu kepada bayi perempuan itu, Ruzita Abdul Rahman, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama bayinya serta dua lagi anaknya tidur diruang tamu dan terkejut dari tidur setelah terdengar bunyi dentuman kuat di luar premis.

"Ketika itulah, saya ternampak api sudah marak di luar premis dan tanpa berfikir panjang, saya terus mengejutkan suami serta menyelamatkan anak-anak termasuk bayi saya yang baru berusia 25 hari.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, saya hanya mampu menyelamatkan barangan bayi yang ada berhampiran," katanya.

Tidak sempat ganti atap rosak

Dalam kejadian ribut kurang 48 jam sebelum itu, keluarga terbabit turut berdepan saat getir apabila bumbung premis itu tercabut.

Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir bagaimanapun bertindak cepat dengan memberikan bantuan segera kepada mangsa, berupa 60 keping atap untuk meringankan beban mereka.

Malangnya, belum sempat atap baru dipasang, premis itu musnah pula dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, tiga buah jentera bomba dengan kekuatan 20 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus kami tiba di lokasi kejadian, hampir 80 peratus premis perniagaan dua tingkat separa kekal itu sudah hangus," katanya.

Menurut Mohd Fauzi, pihaknya terpaksa menggunakan kapak untuk memasuki premis tersebut dan menggunakan hos cabang pembahagi dengan semburan empat penjuru dilakukan untuk mengelak api merebak ke bahagian lain, termasuk ke premis perniagaan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, tidak kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved