Selasa, 21 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Berdepan hukuman penjara seumur hidup

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berdepan hukuman penjara seumur hidup KOTA BHARU – Tiga sahabat dari Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana dituduh secara bersama memiliki dadah jenis heroin dalam satu tangkapan polis, seminggu lalu.

Ketiga-tiganya yang berusia antara 25 dan 34 tahun itu bagaimanapun memohon dibicarakan sejurus pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mohd Muhatiffab Husain, Mohd Raimi Morshidi dan Za'aba Hamzah didakwa secara bersama memiliki dadah seberat enam gram itu semasa berada di hadapan kedai makan Kampung Kulim, Jeli, 13 Jun lalu.

Ketiga-tiganya ditahan anggota polis ketika melakukan kesalahan itu pada jam 1.20 petang, tarikh berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A(2) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiada sebarang pengakuan salah direkodkan, semalam.

Bagaimanapun, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon. Tarikh 20 Julai ini ditetapkan sebutan laporan kimia di Mahkamah Pasir Mas dan semua tertuduh tidak dibenar ikat jamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved