Selasa, 21 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bangunan usang jadi ‘port’

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bangunan usang jadi 'port' IPOH – Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya membongkar rahsia sebuah bangunan usang dan buruk dijadikan premis untuk memproses sejenis ubat tradisional khas untuk wanita yang didakwa dihasilkan di China untuk dipasarkan di sekitar negeri ini.

Sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 8 malam itu, anggota penguat kuasa menemui empat warga Bangladesh sedang sibuk menjalankan tugas membancuh ubat-ubat itu sebelum melalui proses pembungkusan.

Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil intipan dan risikan yang dijalankan pegawai penguat kuasa farmasi Perak.

Menurutnya, kilang itu tidak tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan serta dan amalan pengilangan yang baik (GMP) itu mengilang pelbagai ubat-ubatan tradisional untuk pasaran tempatan.

"Kilang ini hanya beroperasi pada waktu malam sehingga awal pagi bagi mengelakkan kegiatan terlarang mereka dihidu pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, modus operandi mereka akhirnya terbongkar dan pemilik kilang berusia lingkungan 40 tahun turut ditahan dalam serbuan itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya ubat yang dibeli didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) KKM selain mempunyai hologram serta nombor pendaftaran.

Difahamkan, kilang itu pernah dibatalkan lesen oleh pihak KKM berikutan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

Wan Hamid berkata, siasatan awal mendapati ada dalam kalangan ubat yang dihasilkan menggunakan jenama dan alamat seperti produk dari China.

"Kami tidak menolak kemungkinan ubat yang diproses sudah bercampur dengan bahan kimia berbahaya seperti steroid yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.

"Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan antaranya tekanan darah tinggi dan kegemukan," katanya.

Kes itu kini disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan pemilik syarikat boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Malah tindakan sama boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved