Selasa, 14 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berlusconi hilang sokongan rakyat

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berlusconi hilang sokongan rakyat ROM - Pungutan suara di Itali, kelmarin membuktikan rancangan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi untuk membina loji nuklear ditentang hebat penduduk negara itu.

Lebih 90 peratus pengundi dalam pungutan suara itu menentang rancangan kerajaan dalam empat isu utama termasuk pembangunan tenaga nuklear, undang-undang yang bakal memberikan kekebalan kepada Berlusconi dan dua lagi berkaitan isu penswastaan air.

Tentangan terhadap pemberian kekebalan undang-undang kepada Berlusconi dilihat membuktikan perasaan tidak senang rakyat dengan masalah perilaku pemimpin itu.

Berlusconi, 74, sedang dibicarakan dalam tiga kes berasingan melibatkan dakwaan rasuah dan penipuan, penyalahgunaan kuasa dan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur.

Pengangguran Gaza tertinggi dunia

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pengangguran Gaza tertinggi dunia BAITULMAQDIS - Kadar pengangguran di Genting Gaza mencecah 45.2 peratus pada 2010, antara tertinggi di dunia berdasarkan laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), semalam.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness berkata, jumlah itu menunjukkan krisis yang sedang berlaku di Gaza dan kesan berterusan akibat sekatan Israel di wilayah Palestin itu.

"Kadar pengangguran yang tinggi dan hasil pendapatan yang semakin menurun di Gaza adalah sesuatu yang membimbangkan," katanya.

Menurutnya, laporan terbaru itu menunjukkan sekatan Israel sengaja dilakukan bagi menghukum penduduk Gaza.

Rejim Zionis mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza pada 2006 selepas seorang tentera Israel, Gilad Shalit diculik kumpulan Hamas yang berpusat di wilayah itu.

Sekatan itu diketatkan lagi setahun kemudian apabila Hamas mula memerintah Gaza selepas memenangi pilihan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved