Selasa, 14 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Piket tepi jalan

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Piket tepi jalan CHEMOR – Empat bekas pekerja kilang getah di sini mengadakan piket bagi menuntut hak mereka sebagai pekerja yang mendakwa lebih 15 tahun ditindas oleh bekas majikan.

Mereka dihentikan secara konstruktif dengan memberi tekanan seperti tidak diberikan kerja sehingga menyebabkan gaji dipotong serta penipuan dalam pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

Kesemua bekas pekerja itu merupakan pemandu lori iaitu E Philips Simon, 43; K Valiyutham, 54; A Doraraj, 62 dan V Manoharan, 57.

Mereka yang terlibat mengangkat sepanduk dengan pelbagai perkataan mengadakan piket berhampiran Kawasan Perindustrian Khantan dan kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kangsar membunyikan hon sebagai tanda sokongan piket yang diadakan.

Bekas pemandu lori, E Philips Simon berkata, kami berhenti Mei lalu apabila majikan hanya membayar gaji asas sejumlah RM500 sebulan sekaligus tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga.

"Taktik mereka adalah dengan menghentikan trip perjalanan penghantaran produk ke Kuala Lumpur, Melaka dan Thailand. Kami disuruh datang ke kilang dan duduk sahaja. Sebelum ini, kami boleh mendapat jumlah lebih dari itu. Jumlah itu tidak mencukupi untuk menanggung keluarga dan kos hidup yang semakin meningkat.

"Mereka (majikan) juga cuba elak dari menjaga kebajikan pekerja untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan membayar KWSP dan SOCSO sedikit sahaja. Hampir 20 tahun bekerja, kami mempunyai jumlah KWSP hanya RM30,000 sahaja," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pihak pengurusan licik melakukan pemotongan KWSP dan SOCSO berdasarkan gaji asas berikutan tiada gaji minima manakala gaji penuh pekerja tidak tertera dalam slip gaji.

"Kami mahukan pihak majikan mengembalikan trip perjalanan seperti biasa dan menaikkan gaji asas kepada RM1,500. Bayar balik wang KWSP dan SOCSO kami yang ditipu oleh pihak pengurusan.

"Selain pihak, pihak majikan seharusnya tidak menyuruh pekerja memandu lori treler yang memerlukan tenaga lebih berbanding lori tangki kerana rata-rata pemandu berusia lebih 45 tahun tidak berupaya mengendalikannya," katanya.

Sementara itu, Doraraj berkata, pihak pengurusan juga tidak mempedulikan surat-surat yang diberikan untuk perbincangan berhubung masalah yang dihadapi pekerja di kilang berkenaan.

"Kilang berkenaan mempunyai rekod buruk dalam menjaga kebajikan pekerja dan difahamkan mereka mempunyai 15 kes yang sama.

"Kami telah memfailkan kes ini di bawah Seksyen 20, Akta Perusahaan 1967 iaitu pemberhentian perkhidmatan yang tidak adil dan akan disebut pada 23 Jun ini di Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved