Selasa, 14 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ditipu 'kekasih maya'

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ditipu 'kekasih maya' KUALA LUMPUR – Tanpa curiga, seorang wanita warga emas dari Perancis masukkan Euro 1,000 (hampir RM4,500) ke dalam akaun bank setelah dihubungi dua doktor dikenali Jerry dan Abby untuk selamatkan nyawa kekasihnya yang terlibat dalam kemalangan di negara ini.

Dia menyedari ditipu selepas mendapati teman lelaki dikenalinya melalui Internet itu sebenarnya tidak wujud.

Sebelum itu, mangsa berumur 52 tahun, dihubungi dua doktor berkenaan yang memaklumkan kejadian terbabit dan minta Euro 200,000 (hampir RM900,00) sebagai kos pembedahan segera.

Bukti seperti gambar di Internet ditunjukkan kepada mangsa untuk memperdayakannya.

Biarpun tidak pernah bertemu kekasihnya sejak enam tahun perkenalan di Internet, mangsa nekad bertemu lelaki Amerika Syarikat di negara ini awal April lalu.

Segalanya terbongkar selepas mangsa dapati kekasihnya itu tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa lapor perkara itu pada polis.

"Susulan itu, 11 lelaki warga Nigeria, berumur lingkungan 30-an, diberkas 6 dan 7 Mei lalu.

"Suspek adalah penuntut di sekitar kolej di ibu negara," katanya pada sidang media di Pusat media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, mangsa sudah dinasihati keluarganya supaya tidak percayainya.

"Mungkin kerana sayang, mangsa sanggup abaikan nasihat keluarganya," katanya.

Chin Wah berkata, sindiket itu akan jalin persahabatan tidak kira tempoh masa dan akan laksanakan perancangan selepas mangsa mereka benar-benar terperangkap.

Menurutnya, polis akan bertemu pihak Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk mengenal pasti kewujudan identiti kekasih wanita itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua jiran bermusuh tandatangani Mou

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dua jiran bermusuh tandatangani Mou JOHOR BAHRU - Jangan ingat memorandum persefahaman (MoU) boleh ditandatangani untuk urusan rasmi sahaja.

Dua jiran di Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram, di sini, semalam 'melakar sejarah' apabila menandatangani MoU untuk memastikan mereka tidak akan bergaduh lagi setelah bermasam muka selama dua tahun.

Ng Chee Leng, 33, dan Yong Nguong Ping, 43, mula bertelagah apabila Chee Leng mendakwa jirannya itu sering buat bising hingga menyebabkan dia dan keluarganya hidup tertekan di rumah mereka sendiri.

Antara gangguan dilakukan Nguong Ping, kata Chee Leng, ialah bunyi radio yang sangat kuat, hentakan kuat ketika pintu rumah ditutup, salakan dua anjing Nguong Ping yang kerap dan melampau serta bunyi piano mainan anak Nguong Ping yang dianggap mengganggu.

Berikutan itu, dua tahun lalu, Chee Leng membuat laporan polis, namun tindakan itu mendorong tindak balas yang lebih dahsyat daripada Nguong Ping yang menambah lagi gangguan dengan bunyi loceng pada tengah malam, selain pernah membaling tong cat ke rumah jirannya itu.

Bagi Nguong Ping yang tinggal bersama tiga ahli keluarga lain mendakwa Chee Leng telah menunjukkan rasa tidak senang hati sejak dia mula berjiran dan berpindah di rumah yang didiaminya kini.

Katanya, rasa tidak senang yang ditunjukkan Chee Leng itu mendatangkan rasa kecewa pihaknya dan segala aktiviti serta perbuatan yang telah dilakukan keluarganya dianggap sebagai satu gangguan.

Bagaimanapun, menerusi MoU semalam yang ditandatangani di hadapan Pengarah Biro Pengaduan Awam Johor, S Marshal Thegarajah, kedua-dua jiran bermusuh itu janji akan berdamai dan akan menyelesaikan semua masalah mereka secara baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved