Selasa, 14 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tinjau mangsa sebelum samun

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tinjau mangsa sebelum samun KUALA LUMPUR – Mereka meninjau, memaklumkan kepada ahli sindiket, menjejaki dan menyamun mangsa yang mengeluarkan wang dari bank.

Itu modus operandi digunakan satu sindiket samun yang aktif di sekitar ibu negara dan Selangor, sejak tahun lalu.

Kumpulan ini dikesan melakukan sekurang-kurangnya 45 kes melibatkan kerugian hampir RM2 juta.

Terbaru dalam kejadian di Klang pada 10 Mei lalu, seorang mangsa kerugian RM475,000 selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank.

Taktik ini terbongkar selepas polis memberkas dua lelaki, berumur 27 dan 38 tahun, berhampiran sebuah bank di Kepong, 13 Mei lalu.

Sewaktu itu polis merampas dua telefon bimbit, peta kedudukan bank dan sebuah kamera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek mendedahkan mereka bertindak sebagai pemerhati untuk mengenal pasti pelanggan yang mengeluarkan wang dalam kuantiti besar.

"Sebaik mengenal pasti sasaran, suspek akan menghubungi rakan jenayah yang menunggu di luar bank.

"Rakan jenayah mereka itu akan mengekori kereta mangsa dan menyamun di dalam perjalanan, ketika berhenti di lampu isyarat atau melanggar belakang kereta mangsa," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kumpulan ini dianggotai lapan penjenayah yang masih bebas.

Sehubungan itu katanya, polis mengesan dua lelaki disyaki dapat membantu menyelesaikan kes rompakan yang dilaporkan melibatkan kumpulan itu.

Mereka adalah Azmi Abdullah atau dikenali Joe, 40, beralamat terakhir di No 14 jalan Mewah 2, Bandar Tun Razak, Cheras dan Mat Amin Abdullah atau Kodek@Ali, 42, beralamat terakhir di Kampung Merbau Gual, Tanah Merah, Kelantan.

"Kedua-dua lelaki itu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh rekod lampau berhubung kesalahan jenayah dan pernah ditahan di bawah Akta Darurat," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai mempunyai maklumat berhubung dua lelaki terbabit diminta menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) IPPK Kuala Lumpur di talian 03-21460645 atau SMS Rakan Cop Polis KL di talian 32728.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved