Selasa, 14 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Orang Asli tagih kemudahan asas

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Orang Asli tagih kemudahan asas KAMPUNG DONG - Ketiadaan bekalan elektrik bukan perkara baru bagi penduduk Orang Asli Kampung Dong, dekat Meripoh, sebaliknya masalah itu sudah membelenggu mereka sejak sekian lama.

Bukan sekali dua perkara itu dikemukakan kepada pihak berwajib, namun saban tahun jawapan yang diberikan tetap sama dan lebih mengecewakan projek mengepam bekalan air dari kerak bumi di kampung itu juga tidak berfungsi dengan baik.

Kedua-dua masalah itu seolah-olah tiada jalan penyelesaian hingga menyebabkan kira-kira 30 penduduk di kampung itu hidup dalam tekanan berikutan tidak mempunyai kemudahan asas terbabit sejak lebih 60 tahun lalu.

Apa yang diharapkan penduduk kini ialah kedua-dua bekalan asas itu dapat disalurkan ke penempatan mereka supaya mereka dan juga generasi seterusnya dapat merasai nikmat kemudahan sama seperti penduduk di kawasan lain.

Kemarau jejas rutin harian

Seorang penduduk, Noraini Abdullah, 42, berkata, kemarau berpanjangan menyebabkan air dari kerak bumi tidak dapat dipam ke tangki air utama di kampung itu.

Selain itu katanya, air dari Sungai Dong yang kontang menyebabkan projek dirancang kerajaan bagi membekalkan air ke rumah penduduk juga tergendala.

Menurutnya, penduduk terpaksa menggunakan air perigi atau ke sungai berhampiran untuk menjalankan rutin harian seperti mandi dan membasuh pakaian selain menadah air hujan untuk kegunaan memasak.

"Kami tidak tahan hidup dalam keadaan seperti ini dan berharap kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini segera," katanya kepada Sinar Harian.

Noraini yang memeluk Islam sejak lebih 10 tahun lalu kecewa kerana ketiadaan sumber air bersih sejak sekian lama menyebabkan dia dan beberapa keluarga Islam yang lain sukar menjalani kehidupan dengan sempurna.

"Di sini terdapat sekurang-kurangnya 10 keluarga sudah memeluk Islam dan ketiadaan air menyukarkan kami melakukan ibadat dan perkara ini perlu perhatian serius," katanya.

Minum air tercemar

Noraini berkata, penduduk di situ juga terpaksa minum air sungai yang dicemari sisa toksik dipercayai dibuang dari ladang sawit dan getah berhampiran oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

"Kami tiada pilihan lain kerana itu saja sumber bekalan air yang ada walaupun kami tahu ia tercemar dengan racun," katanya.

Noraini berkata, sudahlah berdepan masalah air, penduduk di kampung terbabit juga terpaksa bergelap sepanjang malam sejak sekian lama tanpa diterangi cahaya elektrik berbanding perkampungan lain.

"Kampung Orang Asli lain sudah lama menikmati kemudahan asas, namun kampung ini terus ketinggalan dalam segala aspek termasuk kemudahan asas yang sememangnya penting untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat," katanya.

Bekalan air hanya dua minggu

Moin Mat, 45, berkata, penduduk di situ hanya merasai kemudahan bekalan air selama dua minggu, sebelum ia terhenti sejak lebih enam bulan lalu akibat kegagalan projek mengepam air.

"Projek mengepam air sungai ke tangki utama sebelum disalurkan ke rumah penduduk tidak lagi dapat berfungsi dan perkara itu menimbulkan keraguan penduduk.

"Namun kami percaya kegagalan projek itu disebabkan musim kemarau yang menyebabkan paras air Sungai Dong surut dan gagal dipam ke tangki utama," katanya.

Pendawaian elektrik sudah dibuat

Kelipit Jenggek, 68, berkata, pendawaian elektrik sudah lama dipasang di rumah penduduk, namun sehingga ke hari ini bekalan elektrik masih belum dinikmati mereka dan keadaan itu sudah pasti menimbulkan banyak rungutan

"Kotak meter sudah dipasang di setiap rumah penduduk, namun bekalan elektrik masih belum diperoleh menyebabkan kami berasa kecewa dengan janji manis yang ditaburkan pihak tertentu yang kononnya mahu mengatasi masalah itu secepat mungkin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved