Selasa, 14 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

APMM tahan lima bot tunda

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

APMM tahan lima bot tunda SENAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan lima buah bot tunda disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, dalam operasi kira-kira jam 3.30 petang itu, pihaknya yang memeriksa kapal yang bersauh di perairan berkenaan mendapati lima bot tunda tersebut melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, siasatan mendapati kelima-lima bot tunda berkenaan gagal memaklumkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia, bersauh di luar batas pelabuhan dan gagal membayar dius api.

"Kelima-lima ketua jurutera bot tunda tersebut dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu :kenyataan, di sini, kelmarin.

Zulkifli berkata, bot-bot yang ditahan ialah dua yang didaftarkan di Funafuti di Kepulauan Tuva lu; dua didaftar di Panama, manakala satu didaftarkan di Dumai Indonesia.

Menurutnya, ketika ditahan, ada 47 kru warganegara Indonesia berumur antara 20 hingga 51 tahun di atas kelima-lima bot berkenaan.

"Bot terbabit boleh disabitkan :kesalahan mengikut Seksyen 491B (1) (l), Seksyen 449 Akta Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1958 iaitu berlabuh di kawasan yang tidak dibenarkan berlabuh tunggu gagal memaklumkan ketibaan kapal di :perairan Malaysia dan gagal membayar dius api," katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan pemantauan dan melakukan pemeriksaan ke atas setiap kapal yang bersauh di perairan Johor bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved