Selasa, 14 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adik lemas depan mata

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Adik lemas depan mata TUMPAT – Disebabkan tidak pandai berenang, seorang abang hanya mampu melihat adiknya terkapai-kapai lemas dibawa arus Sungai Kelantan selepas mandi di sungai itu bersama sekumpulan kanak-kanak di Kampung Pulau Raja di sini, petang kelmarin.

Lebih memilukan abangnya itu, Ahmad Ikhwan Wan Hassan, 9, beberapa minit sebelum kejadian, dia melarang adiknya daripada terus mandi di sungai terbabit tetapi tidak diendahkan oleh adiknya itu, Nur Iddina Hassan, 7, apabila terus mandi dengan beberapa kanak-kanak lain.

Kedegilan Nur Iddina, murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut itu membawa padah apabila dia lemas selepas berada di tengah sungai sedalam hampir lima meter.

Ahmad Ikwan berkata, dia tidak menduga adiknya itu akan lemas kerana pada mula-mulanya dia hanya bermain di kawasan air cetek dan tidak menyangka dia boleh sampai di kawasan yang dalam.

"Saya amat takut sekali apabila nampak tangan adik terkapai-kapai dengan keadaan badannya tenggelam timbul tetapi tidak dapat berbuat apa-apa sehinggalah dia terus hilang daripada pandangan saya.

"Ketika itu saya sudah naik ke darat, tetapi mungkin kerana adik saya baru turun sungai dan masih seronok bermain air, dia tidak mahu dengar cakap saya supaya naik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Raja, semalam.

Disebabkan terlalu takut, Ahmad Ikhwan tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah ada seorang rakannya berlari pulang ke rumah memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk kampung yang jaraknya hampir satu kilometer dari tempat kejadian.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Rozita Nik Salleh, 34, berkata, anaknya itu keluar dari rumah kira-kira jam 5.30 petang untuk bermain di sekitar halaman rumah dengan basikalnya, namun tidak menyangka anak keempat dari lima anaknya itu turut ke sungai mengikut abangnya mandi.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya itu apabila dimaklumkan oleh kakak iparnya bahawa anaknya itu mati lemas di sungai.

Katanya, hanya suaminya, Hassan Isa, 37, yang ketika itu sedang memotong rambut seorang lagi anaknya di rumah, bergegas ke tempat kejadian sebelum usaha mencari bersama sepupunya dan penduduk kampung.

"Kira-kira jam 6 petang, selepas beberapa kali menyelam mencari mangsa, sepupu kami itu menemui mayat anak saya yang berada di dasar sungai terbabit, tidak jauh dari tempat dia lemas," katanya.

Menurutnya, arwah anaknya itu tidak menunjukkan tanda pelik dia akan meninggalkannya untuk selama-lamanya, namun pasrah dengan kejadian yang menimpa.

"Saya reda dengan pemergiannya, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Tumpat, Asistent Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali mengesahkan menerima laporan kejadian lemas tersebut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved