Selasa, 14 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mantapkan pemimpin pelapis

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mantapkan pemimpin pelapis KUALA LUMPUR – Parlimen Belia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mampu mengubah corak pemikiran belia supaya setanding belia negara maju.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, lebih 30 negara sudahpun memiliki Parlimen Belia dengan modul tersendiri dan ia terbukti mampu mengubah cara pemikiran belia menjadi lebih matang sebagai pemimpin generasi muda untuk menerajui pembangunan negara pada masa akan datang.

"Setiap negara memiliki modul tersendiri. Di negara kita, saya cadangkan ahlinya dilantik secara online dan kempen juga boleh dilakukan menggunakan Internet.

"Dari segi modulnya, kita akan bincangkan modul yang sesuai dan kita juga masih belum putuskan lagi peringkat usia, sama ada 15 hingga 25 atau 40 tahun.

Menurutnya, Parlimen Belia mampu membina sifat kepimpinan sejak usia muda seperti yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara luar, misalnya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang memegang jawatan itu pada usia 44 tahun.

"Kita perlu memikirkan bagaimana mahu membangunkan pemimpin muda yang lebih matang. Mereka juga mampu belajar mengenai rang undang-undang dan cara berbahas secara rasional dan tidak prejudis.

"Kita harap Parlimen Belia boleh diguna pakai supaya mereka dapat diberikan acuan yang baik kepada golongan belia masa depan," katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas - Marang) pada sesi sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Abdul Hadi meminta kementerian menyatakan rasional pelaksanaan Himpunan Sejuta Belia, 27 hingga 28 Mei lalu.

Menjawab soalan itu, Ahmad Shabery berkata, Himpunan Sejuta Belia berjaya menunjukkan sokongan padu dan manifestasi semua pihak untuk memasarkan belia dalam pelbagai sektor.

"Sektor swasta sahaja melabur kira-kira RM25 juta dalam program ini. Sebab itu kita katakan, program ini tidak membazir, malah, ada yang cadangkan supaya ia diadakan selama seminggu.

"Perdana Menteri sendiri sarankan supaya kita adakan perhimpunan 2 juta belia pula disebabkan sambutan memberangsangkan terhadap program ini," katanya.

Ahmad Shabery percaya, lebih sejuta belia mampu dikumpul untuk program akan datang kerana banyak peluang pekerjaan disediakan untuk belia.

"Dalam program lalu, kira-kira 3,000 belia didaftarkan sebagai askar wataniah. Ini menunjukkan belia memiliki pemikiran positif dalam merencana perancangan terbaik untuk masa depan mereka. Kita harap, program ini akan semakin mantap pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak aniaya nelayan

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan tidak aniaya nelayan KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menarik subsidi kepada nelayan laut dalam bukan bertujuan menganiaya kumpulan itu, sebaliknya lebih kepada memberikan keadilan terhadap kumpulan sepatutnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengurangan berkenaan hanyalah kepada kumpulan laut dalam (gred C2) yang layak mendapat subsidi sehingga 24,000 liter sebulan sebuah kapal.

"Mereka ini terdiri daripada kumpulan industri dan syarikat bukannya individu seperti nelayan persisir pantai yang jumlahnya mencecah 40,000 orang.

"Kita hanya memberikan subsidi kepada 1,119 pemegang lesen aktif, mereka pengguna diesel subsidi besar berbanding persisir pantai. Inilah kebajikan yang dicanangkan Pas dilakukan kita terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan hampir 1,000 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor baru-baru ini kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan laut dalam berkuat kuasa bulan ini.

Katanya, tidak adil sekiranya kerajaan terus memberikan bantuan subsidi kepada mereka yang terlibat dengan industri besar laut dalam kerana ia dimiliki oleh syarikat-syarikat.

Bagaimanapun katanya, tindakan berkenaan tidaklah membebankan pengusaha kerana mereka ditambah insentif khas ikan, iaitu kerajaan menaikkan daripada 10 sen sekilogram kepada 20 sen.

"Kerajaan juga memberikan elaun sebanyak RM200 sebulan kepada setiap awak-awak tempatan," katanya.

Noh berkata, beliau turut melahirkan kerisauan apabila isu ini dimainkan pembangkang kerana rakyat kurang faham situasi sebenar tindakan kerajaan ini.

Sebelum itu, di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendesak kementerian segera menyelesaikan masalah nelayan segera kerana bimbang akan mengakibatkan kenaikan harga makanan laut.

Kor Ming berkata, Pakatan Rakyat percaya jika tidak ditangani segera, sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus harga makanan laut akan mengalami kenaikan akibat krisis ini.

Bagi mengatasi perkara ini, Noh berkata, kementeriannya sudah mempunyai pelan alternatif iaitu mengarahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membawa masuk ikan import tambahan sebanyak 110 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan pengguna, sekiranya nelayan laut dalam terus mengadakan mogok. :

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved