Selasa, 14 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerajaan bentang bajet tambahan RM13 bilion di Dewan Rakyat

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan bentang bajet tambahan RM13 bilion di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion, yang diluluskan tahun lalu kepada RM176 bilion.

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga sarang burung cedera ditembak di Ipoh

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga sarang burung cedera ditembak di Ipoh

IPOH - Seorang peniaga sarang burung cedera parah selepas ditembak sebanyak enam das oleh seorang lelaki di hadapan sebuah pusat perubatan tradisional di Jalan Tasek awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, isteri mangsa yang berada di dalam kereta tidak cedera.

Kejadian berlaku pada kira-kira 4.30 pagi semasa mangsa baru sahaja memberhentikan kereta apabila tiba-tiba seorang lelaki menerpa dan terus mengugut mangsa menyerahkan wang, katanya.

Sebelum sempat mangsa berbuat sesuatu, lelaki berkenaan terus melepaskan tembakan, kata Ibrahim kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Mangsa yang berusia 46 tahun cedera di bahagian perut dan tangan dan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.

Ibrahim berkata, lelaki yang menembak mangsa melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dan polis berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan dapat memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Ibrahim berkata, mangsa menjalankan perniagaan sarang burung di Ayer Tawar dekat Sitiawan.

Menurutnya daripada siasatan awal, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berkulit gelap.

Sementara itu dalam kejadian lain, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun kerana terbabit dalam kegiatan jenayah dengan menyamar sebagai anggota Rela dan polis.

Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Naza Ria ditahan pada pukul 3.50 pagi semalam di Jalan Pasir Putih di sini dalam keadaan mencurigakan ketika polis menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, katanya.

Ibrahim berkata, antara yang dirampas daripada lelaki itu termasuk sepasang uniform polis, uniform Rela, dua pucuk pistol mainan, cotar, walker-talkie, baju kalis peluru, buku undang-undang jenayah dan buku catatan harian polis.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved