Isnin, 13 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Warga AS menyamar wanita Syria

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga AS menyamar wanita Syria EDINBURGH - Aktivis hak asasi manusia berang selepas seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di Scotland mengaku menjadi penulis blog Gadis Lesbian di Damsyik, kelmarin.

Tom MacMaster, pelajar ijazah sarjana berumur 40 tahun di Universiti Edinburgh mengaku menyamar sebagai Amina Abdullah yang kononnya seorang penulis blog politik di Damsyik.

Watak Amina menjadi terkenal melalui penulisannya mengenai keganasan pihak berkuasa terhadap penduduk Syria semasa kebangkitan rakyat menentang kerajaan negara itu.

MacMaster kemudian menyamar sebagai saudara Amina dan memaklumkan penulis itu diculik sekumpulan lelaki bersenjata prokerajaan, mencetuskan kebimbangan pengikut blog itu.

MacMaster akhirnya mengaku mengenai penipuan itu selepas orang ramai mewujudkan kumpulan sokongan Bebaskan Amina Abdullah di laman sosial Facebook yang menarik hampir 15,000 pengikut.

"Saya tidak pernah menjangka akan menerima perhatian sebegini," kata MacMaster dalam surat permohonan maaf kepada pembaca blog itu.

Tindakan warga AS itu dilihat sebagai percubaan mencemarkan imej Islam warga Syria yang kononnya menyokong budaya songsang homoseksual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Turki kekal kuasa

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

PM Turki kekal kuasa ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengekalkan jawatan tertinggi itu selepas parti AK pimpinannya memenangi pilihan raya negara itu buat kali ketiga berturut-turut dengan memperoleh hampir 50 peratus undian, semalam.

Jumlah undian itu adalah yang tertinggi sejak parti AK memerintah Turki pada 2002 namun gagal memberikan jumlah kerusi Parlimen mencukupi untuk Erdogan menggubal perlembagaan baru negara itu.

Keputusan menunjukkan parti pemerintah memenangi pilihan raya itu dengan undian sebanyak 49.9 peratus atau 325 daripada 550 kerusi, iaitu lima kerusi kurang daripada yang diperlukan untuk mendapat majoriti.

Ini bermakna Erdogan perlu mendapatkan persetujuan parti pembangkang Turki bagi menggubal perlembagaan negara yang lebih bebas untuk menggantikan perlembagaan kini yang ditulis di bawah undang-undang tentera pada 1982.

Dalam perkembangan berkaitan, pengumuman keputusan pilihan raya itu dicemari keganasan apabila sebuah bom diletupkan di selatan Turki, lewat kelmarin sehingga menyebabkan 11 orang cedera.

Tiada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan semasa puak Kurd sedang meraikan kemenangan calon mereka.

Wilayah itu kerap dicemari keganasan kumpulan pemisah Parti Pekerja Kurd yang menyaksikan lebih 40,000 orang terbunuh sejak 1984.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved