Isnin, 13 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SimplySiti masuki pasaran Brunei

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

SimplySiti masuki pasaran Brunei Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza telah mengembangkan rangkaian kosmetiknya, SimplySiti Cosmetics, ke Brunei.

Menurut akhbar harian, Brunei Times, MS Titanstar Enterprise telah melantik rakan kongsi untuk memasarkan produk itu di Brunei.

Siti berkata, adalah menjadi hasratnya semenjak menubuhkan SimplySiti untuk mengembangkan jenama itu ke antarabangsa.

"Keputusan untuk bermula di Brunei adalah berikutan permintaan dan sokongan peminat.

"Sebelum ini, rakyat Brunei yang mahu membeli SimplySiti harus ke Miri, sejauh kira-kira dua jam memandu dari Bandar Seri Begawan," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu juga sedang menilai pasaran Timur Tengah serta mengembangkan cawangan runcit ke Indonesia dan Singapura.

Sony Ericsson Xperia Play pertama

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sony Ericsson Xperia Play pertama Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus mengukuhkan strateginya sebagai syarikat telekomunikasi pertama memperkenalkan Playstation yang diiktiraf telefon pintar Sony Ericsson Xperia Play (gambar) yang juga merupakan pertama di dunia.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Sony Ericsson Xperia Play adalah kombinasi sempurna bagi tujuan bekerja dan bermain sekali gus menjadikannya Playstation pertama dunia diiktiraf telefon pintar Android.

"Kami berbesar hati diberi peluang menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang memberikan pengalaman hebat Sony Ericsson Xperia Play kepada pelanggan kami.

"Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, Celcom sentiasa memperkenalkan telefon pintar terkini untuk mempelbagaikan lagi rangkaian sedia ada," katanya.

Menurutnya, dengan sokongan daripada liputan rangkaian yang luas dan � stabil, ditambah dengan pelan data dan pakej telefon yang kompetitif, pelanggan telefon pintar Celcom akan menikmati lebih pengalaman sepanjang berada di kawasan wilayah Celcom.

Sementara itu, Sony Ericsson Xperia Play merupakan telefon pintar pelbagai fungsi yang dapat memberi kelebihan kepada pengguna khususnya kepada penggemar aplikasi permainan yang gemar bermain menggunakan gajet seperti telefon bimbit.

Telefon pintar terbaik ini turut dilengkapi dengan lima permainan percuma seperti Bruce Lee Dragon warrior, FIFA 2010, Madden NFL 2011, SIMS 3 dan Star Battalion dalam kapasiti memori kad bersaiz 8G.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved