Isnin, 13 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

11 rumah rosak dipukul ribut

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

11 rumah rosak dipukul ribut MENTAKAB - Sebanyak 11 rumah penduduk melibatkan dua kampung rosak akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Penak, Abdul Rahman Omar berkata, sembilan daripada rumah yang terlibat itu terletak di Kampung Padang Lalang manakala selebihnya di Kampung Gantok.

Menurutnya, selain rumah penduduk, bencana alam itu turut memusnahkan kebun getah, kebun pisang dan ternakan ayam menyebabkan penduduk menanggung kerugian besar.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas namun saya bersyukur kerana tiada kemalangan dilaporkan. Selepas kejadian, saya segera menghubungi pihak berwajib supaya tindakan lanjut dapat diambil," katanya.

Salah seorang mangsa, Muhamad Isa Idris, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri serta tiga anak sedang berehat di rumah dan secara tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Menurutnya, dia segera menyuruh salah seorang anaknya melaungkan azan namun angin kencang itu masih belum berhenti lantas menyuruhnya mengulangi azan kali kedua.

"Selepas azan kedua, angin semakin kencang dan saya mengambil keputusan membawa ahli keluarga keluar dan pergi ke rumah jiran berdekatan.

"Dalam kejadian itu, sebatang pokok menghempap rumah saya namun bernasib baik kerana rumah ini tidak rosak teruk," katanya.

Kerugian sehingga RM10,000

Seorang lagi mangsa, Muhamad Petah, 54, berkata, dalam kejadian ribut itu dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000 apabila kebun pisang miliknya seluas 2.8 hektar musnah sekelip mata.

Menurutnya, dia menerima dugaan ini dengan hati terbuka dan bersyukur kerana ahli keluarga dan penduduk kampung selamat dalam kejadian ribut yang berlaku dalam masa beberapa minit itu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong yang melawat mangsa dan melahirkan rasa simpati atas kejadian tersebut.

Menurutnya, dia harap mangsa ribut dapat bersabar serta menerima dugaan dengan hati yang ikhlas.

"Semua ini adalah dugaan hidup dan saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Saya juga berterima kasih kepada pihak bomba dan agensi terlibat yang membantu menebang pokok tumbang dan membersihkan kawasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved