Isnin, 13 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Isu pinjaman PPR ke Kabinet

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Isu pinjaman PPR ke Kabinet KUALA LUMPUR - Penubuhan badan khas untuk memberi pinjaman kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang tidak berkemampuan membeli unit yang mereka diami kini di peringkat akhir.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kertas kerja mengenainya akan dibawa ke Kabinet Ogos ini bagi mendapatkan kelulusan kerajaan.

"Ini adalah cadangan jangka pendek yang dilihat dapat membantu kira-kira 24,000 pemohon yang kini menghadapi masalah pinjaman tidak diluluskan oleh bank atas pelbagai faktor.

"Berbeza dengan bank, badan ini akan bagi sedikit kelonggaran dari segi syarat pinjaman dengan harapan ia dapat membantu pembeli yang kebanyakannya berumur 50 tahun ke atas memiliki rumah," katanya kepada media, semalam.

Raja Nong Chik berkata, kerajaan sebelum ini menggalakkan penduduk PPR dan PA membeli unit yang didiami mereka, namun tidak ramai berbuat demikian selain menimbulkan masalah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila ramai tidak mampu membayar sewa.

Justeru katanya, penubuhan badan itu akan memudahkan mereka yang berminat untuk membeli unit didiami, sekurang-kurangnya bagi dijadikan aset mereka.

Katanya, badan khas itu akan mempunyai hak ke atas setiap unit yang dijual kepada pemohon dan boleh mengenakan tindakan selanjutnya jika peminjam gagal membayar balik pinjaman.

Mengenai isu tunggakan sewa penghuni PPR, beliau berkata, hanya kira-kira 20 peratus sahaja daripada penghuni PPR di seluruh Wilayah Persekutuan yang tidak membayar sewa.

"Bagi mereka yang memang tidak berkemampuan, kita akan usaha sehingga mereka dapat bayar sewa yang tertunggak, mungkin akan minta kerjasama dan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Tapi bagi mereka yang mampu, yang ada Astro, ada kereta, namun masih berdegil untuk tidak bayar sewa, golongan ini kita akan bertegas dan mungkin akan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengenai Akta Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata, setakat ini penerimaan penduduk terhadap cadangan pembangunan yang akan dilakukan kerajaan sangat positif.

"Kita juga mengambil kira pandangan penduduk, yang mana ada asas, kita akan pertimbangkan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved