Isnin, 13 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ditahan semula tidak sampai dua minit

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ditahan semula tidak sampai dua minit KUALA TERENGGANU- Seorang ahli perniagaan yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri pada 9 Jun baru-baru ini dipercayai bookie terbabit dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team musim 2010 dibebaskan tanpa syarat di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Namun, tidak sampai dua minit keputusan dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latif, ahli perniagaan yang berusia 50-an dan berasal dari Singapura itu ditahan pula oleh SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Sebelum ini, dia yang menerima perintah tahanan reman selama empat hari iaitu bermula 9 Jun dan berakhir semalam ditahan bagi membantu siasatan berhubung sogokan dan sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan pemain pasukan berkenaan.

Sinar Harian keluaran 10 Jun lalu menyiarkan seorang ahli perniagaan berasal dari Singapura di bawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk perintah tahanan reman selepas dipercayai terlibat dalam mengatur perlawanan liga Piala Presiden musim 2010 bagi pasukan T-Team.

Dia ditahan di Negeri Sembilan oleh SPRM negeri susulan pendedahan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team berhubung amalan rasuah dan mengatur perlawanan yang berlaku dalam pasukan itu pada tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima penyokong bola ditahan bawa senjata

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lima penyokong bola ditahan bawa senjata KUALA LUMPUR – Dua penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu ditahan polis di luar pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, selepas didapati bergaduh serta memiliki senjata berbahaya.

Sebelum ditahan, kedua-duanya hadir untuk menonton perlawanan akhir Piala FA antara kedua-dua pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Mohan Singh Tara Singh berkata, polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan yang berlaku.

"Siasatan lanjut mendapati mereka bawa senjata berbahaya seperti buku lima, sepana dan gunting yang diubahsuai.

"Selain itu, kita turut tahan tiga lagi lelaki yang bawa dadah ganja serta botol mineral berisi air ketum," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(1) Akta bahan kakisan, letupan dan senjata berbahaya, Seksyen 6 atas kesalahan senjata berjadual, kesalahan memiliki dadah dan Akta Racun.

Katanya, semua barangan terlarang itu termasuk bunga api dan mercun tidak sepatutnya dibawa ke tempat keramaian kerana boleh mencetuskan rusuhan termasuk perkara yang tidak diingini.

Ketika ditanya berhubung kawalan yang dibuat sempena perlawanan akhir Piala FA kelmarin, Mohan Singh berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan penyokong kedua-dua pasukan yang hadir ke stadium kelmarin.

"Kebanyakannya bersikap matang serta tidak menimbulkan sebarang kekecohan besar atau bencana sepanjang perlawanan berlangsung.

"Hanya ada segelintir kecil mencemarkan perlawanan dengan tindakan membaling botol serta mercun ke kawasan trek. Bagaimanapun, kita berharap kelemahan itu dapat diperbaiki pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved