Ahad, 12 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suspek pengeboman kedutaan AS terbunuh

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Suspek pengeboman kedutaan AS terbunuh MOGADISHU - Suspek di sebalik kejadian pengeboman Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kenya dan Tanzania terbunuh di Somalia, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.

Pemimpin rangkaian kumpulan militan Al-Qaeda berpusat di Afrika Timur, Fazul Abdullah Mohammed dan rakannya ditembak mati di pusat pemeriksaan Mogadishu, Rabu lalu.

Ketua Polis Kenya, Mathew Iteere berkata, kerajaan peralihan Somalia mengesahkan kematian suspek.

Fazul dituduh melancarkan serangan bom dan menyebabkan ratusan orang terkorban, kebanyakkannya rakyat AS di Kedutaan AS di Nairobi, Kenya dan Dar es Salaam, Tanzania pada 1998.

AS sebelum ini menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15) juta bagi mendapatkan maklumat mengenai suspek.

Lebih 100 juta budak jadi buruh kasar

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lebih 100 juta budak jadi buruh kasar GENEVA - Lebih 115 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia melakukan kerja berbahaya sekali gus mengancam nyawa mereka, menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sempena sambutan Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia, semalam.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melaporkan permintaan terhadap buruh di bawah umur 18 tahun pada masa ini adalah sangat tinggi.

Menurut penyelidik PBB, kanak-kanak menjadi pilihan sebagai buruh kerana mereka mudah didapati dan tidak berani membantah arahan majikan berbanding golongan dewasa.

ILO mendapati lebih separuh daripada jumlah buruh kasar kanak-kanak melakukan kerja sukar dan berbahaya dengan majoriti berada di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Laporan agensi itu mendedahkan kemiskinan keluarga memaksa golongan tersebut untuk turut sama membantu mencari sumber kewangan bagi menyara hidup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved