SH |
Pemimpin elak sikap pilih kasih Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT Pemimpin elak sikap pilih kasih
FELDA SUNGAI KEMAHAL – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat diingatkan supaya tidak sama sekali kali memilih bulu ketika menyenaraikan nama golongan sasar untuk mendapat bantuan kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, keciciran nama penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU), penghidap penyakit kronik, anak-anak yatim, warga emas yang layak menerima bantuan tidak sepatutnya berlaku. Menurutnya, kerajaan sebenarnya tidak pilih kasih atau mengira fahaman politik, kaum, agama dan budaya dalam memberi bantuan kepada golongan yang layak. "Mereka yang tercicir atau terlepas pandang sudah pasti akan berkecil hati jika tidak diberi bantuan dan ia boleh menjejaskan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. "Saya harap pemimpin masyarakat lebih berhati-hati ketika menyenaraikan nama mereka yang layak menerima bantuan dengan tidak meminggirkan mereka yang layak," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jejak Aspirasi dan Sepetang Bersama Pemimpin di Felda Sungai Kemahal dekat sini. Adnan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat tertentu bagi membantu golongan terbabit asalkan mereka layak dan perlu disenaraikan untuk menerima bantuan. Menurutnya, beliau berharap ketua kampung dapat menyenaraikan semula nama mereka yang tercicir dan terlepas pandang sebelumnya ini untuk menerima bantuan pada masa datang. "Peruntukan yang disalurkan untuk membantu golongan sasar itu adalah datang daripada wang rakyat yang membayar cukai dan hasil termasuk tanah, air, royalti balak, lombong dan sebagainya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT Pemimpin elak sikap pilih kasih

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan