Ahad, 12 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adakah ini pendidikan seks?

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Beberapa tahun akhir-akhir ini, kerap sekali orang membicarakan pendidikan seks. Kebanyakan orang yang membicarakan tajuk ini beranggapan pendidikan seks akan dapat menyelesaikan masalah sosial terutama hamil luar nikah. Pendidikan seks juga dalam jangka panjang akan menjadikan rakyat lebih bertamadun, iaitu patuh pada ajaran agama, moral dan kemasyarakatan.

New Straits Times 5 Jun lalu menyiarkan berita yang menggemparkan masyarakat tentang soal seks. Naib Presiden Kelab Taat Suami (Obidient Wives Club), Dr Rohaya Mohamed mencadangkan isteri-isteri melayani suami masing-masing dengan cara gaya mencapai tahap pelacur kelas pertama. Isu seks dalam rumah tangga telah dibicarakan orang di mana-mana dan bila-bila masa, tetapi Dr Rohaya memberikan penekanan secara luar biasa.

Beliau berpendapat, jika isteri pandai melayan suami, maka suami tidak akan ke tempat pelacuran, atau mendapatkan sumbangan seks daripada kekasih, perempuan simpanan. Dalam kata lain, beliau meletakkan kesalahan kepada isteri apabila suami melakukan hubungan seks dengan wanita lain.

Tumpuan Kelab Taat Suami ialah seks. Kata Dr Rohaya, "A woman must do all she can to ensure his desires are met". Maksud 'do all' itu amat imaginatif, dan amatlah berat bagi seseorang wanita, terutama anak dara yang akan jadi isteri, memahaminya secara keseluruhan. Untuk maksud ini, dalam fikiran Dr Rohaya, pelacur kelas satu ialah contoh yang baik.

Dr Rohaya terang-terangan menyatakan hasratnya dan maksud perjuangan Kelab Taat Suami. Beliau dan kelab itu mahu mengubah persepsi, bahawa isteri yang sempurna tidak sekadar menjadi tukang masak, tukang cuci dan ibu yang baik. Isteri yang baik mesti bagus dalam hal seks, oleh itu penekanan dalam kehidupan suami isteri ialah seks.

Dalam zaman ini, segala-gala yang berkaitan dengan seks dinyatakan secara terus-terang. Dalam akhbar, lebih daripada 10 tahun, perincian tentang perlakuan seks disajikan. Perincian berkenaannya termasuklah dalam hal hubungan seks luar tabii, kerana itu menjadi kes mahkamah. Terbaru, perincian tentang seks didapati oleh sesiapa yang mengejar siaran hubungan seks dirakamkan, seperti dibisingkan-bisingkan kini. Rakaman itu, biarpun disiarkan bahagian yang tidak melampau, tetapi memiliki wacana seksual, kerana pembicaraan tentangnya adalah jelas.

Dalam keadaan kini, Malaysia menjadi negara yang menekankan soal seks. Masyarakat tidak berselindung lagi membicarakannya. Dalam keadaan beginilah muncul kelab yang sedang kita sentuh kini.

Niat kelab dan niat Dr Rohaya adalah baik. Rumah tangga hendaklah diselamatkan, isteri mesti berjasa kepada suami, demikian juga sebaliknya. Cuma, cara berfikir kelab itu, dan juga Dr Rohaya, terlalu tertumpu kepada seks.

Dalam tulisan ini, saya hanya mahu menyebutkan satu komentar daripada beberapa komentar. Arif Shah R K dalam New Straits Times 8 Jun lalu menyebutkan, "If a woman allows herself to be treated like a sex object, she is pulling the husband away from the spiritual level to the sensual level." Arif Shah bermaksud, hubungan suami isteri jauh lebih suci daripada yang dilukiskan Dr Rohaya. Jika dalam fikiran suami ada hasrat agar isterinya melayani dia sama seperti layanan pelacur, maka dia sebenarnya tidak melihat dirinya dan isterinya sebagai pasangan suci bersih.

Ini ialah masalah wacana. Pelacur tidak pernah dianggap baik untuk rumah tangga, oleh itu tidak wajar dijadikan contoh. Lagipun, tumpuan Dr Rohaya dan kelab berkenaan ialah kesilapan isteri. Perbandingan antara isteri dan pelacur tidak wajar, malah elok dikatakan tidak boleh sama sekali. Setiap rumah tangga ada 'budaya' yang tersendiri. Suami dan isteri ada tanggungjawab untuk memahami kelainan. Ada isteri atau suami amat sensitif, ada yang pelucu, ada terlalu rajin bekerja, ada yang malas, ada yang intelektual, sederhana dan pelbagai lagi. Semua itu hendaklah difahami dan dihadapi dengan cara tersendiri dan khusus.

Pelacur tidak seperti yang di atas. Mereka – kelas tinggi atau rendah – tidak perlu mengetahui apa-apa tentang pasangannya. Mereka bertemu sekejap sahaja, bukan membawa kesan kepada kehidupan. Lagipun, pelacur ialah untuk lelaki kemaruk, manakala isteri ialah untuk suami bertanggungjawab. Oleh itu, membandingkan kedua-duanya bukanlah pendidikan seks.

Dinamik baru politik Melayu

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas semenjak menganggotai Pakatan Rakyat, nampaknya komen Speaking: 'has become an exponent of realpolitik. There is no more moralising from the party – mereka yang mempercayakan pada kenyataan landskap politik, tiada lagi khutbah prinsip besar, benar dan salah'. Pas berhak berubah mengejar realisme kalau parti itu dan sekutunya DAP dan PKR mahu berjaya dalam PRU13. Pokoknya: Pas kini realis. Adakah DAP juga realis? Apa pun tindakan Pas ini bijak bagi satu sektor pengundi dan kurang bestari pada sektor yang lain. Pas , juga seperti UMNO dan PAP, kini realis. Hanya parti yang realis wajar memerintah sebuah negara majmuk.

Keputusan pemilihan pucuk kepimpinan Pas baru-baru ini, kata seorang kawan, suka duka, dilihat setinggi kejayaan usaha mengsekularisasikan parti itu dengan tumbangnya secara ketara golongan ulama yang selama dua dekad di kemuncak kepimpinan harian selain dari Majlis Syura. Sekali gus dinamik baru politik Melayu terzahir, politik 'tekun sekular' yang satu ketika dikeji dan dikutuk oleh Pas muncul selepas 20 tahun seolah-olah tinggal dalam seminary (pondok). Ramai 'Melayu global' mengalu-alukan perubahan ini. Tegas mereka, pada akhirnya, Pas sedar peluangnya ke Putrajaya sukar melalui polisi yang dilihat sebagai kurang duniawi! Inilah sukses besar Pas semenjak menganggotai Pakatan Rakyat. Pas sudah menyesuaikan diri dan arah tujunya pada politik sekular. Pas sekarang aduan agama, sekularisme, realisme dan dinamisme – seharusnya membawa lebih kejayaan padanya. Pas kini dinamit (dynamite) dan juga dinamik!

UMNO sekarang berdepan dengan Pas 'sekular' - di bawah teraju Hadi Awang (seorang alim), Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Husam Musa dan Mahfuz Omar – di bawah kepimpinan titular Majlis Syura, lebih kurang bagai Naib Canselor di bawah Canselor. Benar kepimpinan UMNO seperti biasa semenjak 1951 lagi tetap bertinju dengan Pas tidak kira, sama ada di bawah kepimpinan nasionalis (Dr Burhanuddin Al-helmi, Asri Muda) atau agama di bawah Fadzil Noor, Hadi. Saya kira semangat berbalah dan melawan Pas di bawah ketuaan 'sekular' tidak sukar! Walaupun tinju mereka bermati-matian. Pas mahu jadi Muhamad Ali bukan Joe Bugner! UMNO harus bijak menentang semangat 'berlawanan yang tinggi' ini. Pas telah berperang politik dengan UMNO semenjak 1951 lagi – Pas menang Kelantan dan Terengganu 1959 dan Kedah 2008. Pas berazam menentang UMNO, saya rasa, di setiap kawasan Parlimen majoriti Peribumi (antara 140-145), memberi PKR kawasan campur (mixed constituencies berjumlah 35-40 dan DAP kawasan majoriti Cina (40-45). Kalaulah saya konsultan Pakatan Rakyat, saya menasihatkan mereka begitulah. Kalau saya perunding UMNO-BN pula, saya syor UMNO dan Parti Bersatu Bumiputra Sarawak tumpu sahaja di kawasan majoriti Peribumi dan menyerah mixed constituencies pada MCA, bakinya pada MIC, Gerakan dan lain-lain.

Najib, pada hakikatnya, kecuali kes Anwar selesai sebelum PRU13, bertarung dengan pasukan Pas 'sekular'. Dalam majlis ceramah makan tengah hari Bankers Club – IKAPE esok penceramah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang/Setiausaha Agong DAP bertajuk: 'Will a two-party system spur democracy, economic growth and competitiveness?' saya, sebagai moderator, akan memulakan upacara begini: 'we are lucky today. The last speaker was UMNO President and Prime Minister Najib Razak. The big story today is, when is the next election? It will be a tough, very nasty and robust campaign. DAP will retain Penang... kita bernasib baik berpeluang mendengar Lin Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agong DAP hari ini. Sebelumnya, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak telah ke sini (Bankers Club). Topik popular dan besar kini bilakah PRU13 akan berlangsung? Bila pun, kempen dan karakter PRU13 bengis, sengit, meloyakan, teruk dan berbahaya...' Parti mana bijak, versatil dan berani akan berjaya. Najib mungkin tidak berhadapan dengan Anwar tetapi satu team Pas yang kukuh (selain daripada Hadi) yang dilihat sebagai dinamik dan dinamit! Di kalangan bukan Peribumi Guan Eng lawan Chua Soi Lek, Karpal Singh Palanivel. Kini Soi Lek bersuara seperti Lim Kit Siang masa lampau. MCA nampaknya adjustable - menyesuaikan dirinya dengan landskap politik baru. MIC tidak nampak banyak perubahan apa pun lebih praktikal dari dahulu. Kedua-duanya adalah anggota sejati BN yang menghadapi 'a sea-change of attitude among the Chinese in particular – perubahan fikiran terserlah di kalangan masyarakat Cina, anti-kerajaan.' Oleh kerana Cina tengah rangsang/marah sebab benar atau imaginasi pada kerajaan maka jalan yang ditempuhi Soi Lek, Gerakan dan calon-calon BN bukan Peribumi penuh dengan duri dan ranjau. Namun saya percaya bukan semua akan gugur!

Tipu muslihat lazim berlaku apabila manusia sengaja mahu mencelakakan lawannya. Maka dalam ranjau hidup seboleh-bolehnya duduk meraut, berdiri melihat musuh atau duduk meraut, tengok meninjau jarak yakni kita selalu berusaha dan bersikap berwaspada. Dalam beringat-ingat pun saya telah beberapa kali jadi mangsa mereka yang dianggap kawan bukan seteru!

Najib, UMNO, BN mesti lebih pandai mendengar dari bermadah walaupun saya dapati kepimpinan dari atas ke bawah, pada umumnya, boleh tahan. Sifat suka mendengar baik, bijak sungguhpun dari segi masa tidak ekonomik! Peribumi amat suka kalau pendapat mereka didengar apa lah lagi kalau diberi peluang bercakap. Pada saya, perlaksanaan, tepati ikrar lebih penting dari apa yang diucapkan. Kata berjawab, gayung bersambut, janji ditunaikan; budi dibalas dengan tepat dan cepat! Najib tahu hati perut akar umbi UMNO maka janganlah kecewakan harapan mereka di luar bandar, di pendalaman dan juga di bandar dan kota. Dekatilah kalbumu (Najib) dengan aspirasi mereka. Sepanjang saya tahu, Najib seorang good listener.

Gendang sudah dipalu. Bagaimana bunyi muziknya begitulah tariannya. Parti dan pemimpin mana yang tidak pandai menari mengikut lagu, irama dan rentak janganlah menyalahkan lantai akan kecundang! Marilah kita bergendang dan menari tetapi janganlah pula rakyat terus menderita.

Justeru, sudah bermula satu permulaan baru: dua bloc, kedua-dua 'sekular' yang akan membawa Malaysia kemuka yang baik atau suatu masa yang tidak teguh, yang tidak stabil. Tegas seorang ketua UMNO yang tidak suka pada Najib: 'walaupun saya tidak suka Najib saya menyokongnya. Najib mempunyai kelebihan dari Hadi, Mat Sabu, Anwar. Kerana saya tidak mampu menggulingnya (Najib) saya mahu jadi sekutunya.' Betul juga tegas saya kepada ketua UMNO ini apabila dia bersalam di luar Masjid Jalan Damai selepas fardu Jumaat (10 Jun).

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved