Ahad, 12 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia bukan sasaran Militan

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Malaysia bukan sasaran militan PENDANG - Malaysia bukan negara sasaran militan walaupun terdapat kemungkinan ahli kumpulan itu berada di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, keadaan keselamatan di negara ini masih berada pada tahap terkawal dan hubungan antara Malaysia dengan agensi risikan antarabangsa cukup erat.

"Setakat ini, saya boleh beri jaminan keadaan kita cukup terkawal, hubungan kita dengan agensi risikan antarabangsa cukup erat. Sebenarnya Malaysia bukan negara sasaran, mungkin mereka ada di negara kita tetapi bukan sebagai sasaran.

"Sebab itu, kita perkenalkan sistem biometrik kepada warga asing yang memasuki negara ini (bermula awal bulan ini), ada dua tiga sistem lain, kita akan buat tapisan agar dapat mengenal pasti di mana mereka berada, sama ada secara sah, menerusi visa belajar atau melakukan perkara lain yang serius," katanya mengulas mengenai penahanan seorang ejen 'senyap' rangkaian kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Agus Salim, 34, di Johor Bahru, Isnin lalu.

Menurutnya, ancaman keganasan dalam situasi dunia tanpa sempadan adalah serius.

"Selama ini kita ambil tindakan proaktif dan preventif menerusi maklumat yang kita dapat, bukan sahaja daripada agensi dalaman tetapi daripada agensi antarabangsa," katanya.

KDN siasat KIT

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

KDN siasat KIT PENDANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan Kelab Isteri Taat (KIT) dipercayai ada kaitan dengan pergerakan Al-Arqam untuk mengesan jika ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan dilaksanakan walaupun belum menerima laporan kelab terbabit menjejaskan keselamatan negara.

"Kita sedang siasat (dakwaan itu) dan saya ada terima laporan, tetapi setakat hari ini (semalam) saya belum dapat laporan menunjukkan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Namun, sesiapa sahaja termasuk saya, kalau melanggar undang-undang tetap berdepan tindakan, malah jika kumpulan ini melanggar undang-undang atau lebih serius lagi, menjejaskan keselamatan negara, saya percaya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, mengenai ahli KIT yang dipercayai antara cabang Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Global Ikhwan.

Menurutnya, beliau turut mengalu-alukan Dr Mashitah untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara berkenaan kepada kementeriannya.

Sementara itu, mengulas mengenai Himpunan Gerakan Bersih 2 yang akan diadakan 9 Julai ini, Hishammuddin berkata, polis dan KDN akan membuat pemantauan supaya ketenteraman negara tidak terjejas.

"Pada saya bukan Pas sahaja, orang yang tidak bersetuju dengan Pas juga mahu buat perhimpunan. Banyak permintaan yang tidak bersetuju (dengan Bersih), yang penting polis dan kementerian akan pantau, jangan sampai huru-hara negara kita," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved