Ahad, 12 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wanita PKR beri kerjasama padu demi pertahan Kelantan

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Wanita PKR beri kerjasama padu demi pertahan Kelantan

KOTA BHARU - Wanita PKR negeri akan memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada barisan kepimpinan Pas yang baru khususnya Muslimat Pas dalam usaha mempertahankan Kelantan dan mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negara ini.

Ketuanya, Noraini Hussin berkata, pihaknya mengucapkan tahniah dengan pemilihan keseluruhan pemimpin baru dalam Muktamar Pas ke-57 dan akan memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk memperjuangkan negara berkebajikan.

"Bagi Wanita PKR kerjasama erat yang dijalinkan dengan wanita PR selama ini sentiasa berterusan dan dengan adanya Ketua Muslimat Pas dari Kelantan pula ia akan memberi kelebihan kepada pakatan ini.

"Kami akan memberikan gandingan padu dalam PR demi memastikan Kelantan terus diterajui PR dan mampu meningkatkan sokongan masyarakat di negeri-negeri lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai negara berkebajikan pula, beliau berkata konsep itu sebenarnya tidak lari daripada dasar negara Islam kerana Pas masih berpaksi kepada dasar perjuangan Islam tetapi kini memfokuskan kepada aspek kebajikan.

Menurutnya, negara berkebajikan yang digambarkan Pas pula berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang betul berbeza dengan konsep kebajikan UMNO.

"Negara berkebajikan lagi bagus kerana konsep itu diperjuangkan sekian lama dalam dasar negara Islam, cuma baru sekarang ia ditekankan.

"Oleh itu tidak timbul dasar perjuangan Pas kononnya sudah lari kerana konsep perjuangan mereka tetap sama malah lebih baik lagi dengan adanya perjuangan menjurus negara berkebajikan ini," katanya.

Pas Pusat memilih tema 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan' sebagai manifesto perjuangan mereka pada Muktamar Pas baru-baru ini.

Berikutan itu, tawaran yang terkandung dalam manifesto itu ternyata mampu menggugat Barisan Nasional yang merasakan ia mampu mempengaruhi sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO tidak tahu di mana kedudukan ulama

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

UMNO tidak tahu di mana kedudukan ulama

UMNO perlu mewujudkan sayap baru iaitu sayap ulama UMNO seperti mana yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Utusan Datuk Zaini Hasan berkaitan dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menulis dalam blognya ulama dalam parti UMNO ketika ini hanya diletakkan dibawah biro agama yang berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.

Pas pula telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.

"Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu.

Menurut beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding UMNO yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.

Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli UMNO menolak tuduhan itu.

Tetapi suaranya dianggap sepi oleh ahli UMNO yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah.

Berikutan itu Ustaz Mohd Nor serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar UMNO menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.

"Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden UMNO akan dipilih dari kalangan ulama," ujarnya sinis.

Sumber dari blog ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved