SH |
Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT 30 hilang tempat tinggal
PASIR MAS – Seramai 30 penghuni daripada enam keluarga berputih mata apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda setelah kediaman mereka terbakar di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar, kira-kira jam 5 petang, semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Ia membabitkan lapan rumah, lima daripadanya hangus terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa, Esah Awang, 60, berkata, dia terhidu bau hangit dari luar dan mula mencari puncanya, namun dia dikejutkan api yang sedang marak di bahagian lantai rumah jirannya. "Saya dan anak-anak terus keluar dari rumah tanpa sempat mengambil sebarang harta benda mahupun dokumen penting kerana terlalu risaukan keselamatan diri. "Ketika kejadian kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana sedang solat Asar dan mereka hanya menyedari sebaik pulang," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara itu, mangsa lain, Wan Rahim Wan Ali, 47, terkejut apabila kepulangannya ke rumah mengundang berita buruk apabila rumahnya turut terbakar. "Semua kelengkapan rumah, dokumen penting, kitab dan buku-buku malangnya tidak dapat diselamatkan. "Saya menganggarkan kerugian mungkin mencecah RM200,000 apabila ia melibatkan lapan buah rumah yang dibina berdekatan antara satu sama lain," katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat, Abdul Kadir Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 5.25 petang. "Dengan kekuatan lima anggota, kita berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 20 minit. "Kita mengambil masa 17 minit untuk tiba di tempat kejadian kerana kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana terpaksa menunggu laluan kereta api. "Kita masih menjalankan siasatan punca kebakaran itu dan kerugian masih belum ditafsirkan," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan