Sabtu, 11 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Kaca mata unik

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kaca mata unik LONDON - Rakaman video memaparkan wajah ceria rakan dan dimuat naik ke dalam laman sosial sudah menjadi kebiasaan pada masa ini.

Bagaimanapun, sebuah ciptaan baru yang dihasilkan sebuah syarikat media so-sial mungkin akan memudahkan individu untuk merakamkan saat indah secara langsung dan terus dipaparkan di dalam laman sosial Facebook.

Kaca mata hitam ZionEyez berharga 92 pound (RM451) dipercayai boleh merekodkan imej sekeliling dan dihantar secara terus ke telefon bimbit melalui sambungan Bluetooth.

Kamera kecil tersorok pada bingkai sebelah kanan juga agak sukar dikesan dan jika mahu merakamkan imej, pengguna hanya perlu menekan butang di bahagian tengah bingkai.

Ia menggunakan bateri litium dan boleh bertahan sehingga tiga jam serta dilengkapi kanta gelap mempunyai perlindungan 100 peratus daripada sinaran ultra ungu.

Bagaimanapun, ciptaan baru itu didakwa turut mencetuskan keraguan pengguna blog dan laman sosial kerana ia mungkin disalah gunakan individu tidak bertanggungjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satelit ukur paras masin laut dilancar

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Satelit ukur paras masin laut dilancar LOS ANGELES - Misi antarabangsa membawa satelit Aquarius dilancarkan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), kelmarin.

Tujuan utama pelancaran satelit itu ke angkasa lepas adalah untuk merekodkan data dan mengukur tahap kemasinan air laut dari angkasa lepas.

Ia akan mengelilingi bumi sekurang-kurangnya selama tiga tahun dan ditempatkan pada jarak 657 kilometer dari permukaan bumi.

Satelit Aquarius itu dijangka akan memberikan maklumat jelas berhubung perubahan alam sekeliling dan kesannya terhadap proses pasang surut laut dan iklim dunia.

Nasa menyatakan, oleh kerana tahap kemasinan air laut adalah berbeza di setiap kawasan, satelit berkenaan akan bertindak merekodkan kitaran pasang surut laut di seluruh dunia pada setiap masa.

Selama ia mengelilingi bumi, satelit itu akan memberikan peta perubahan paras kemasinan air laut dari semasa ke semasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved