Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mansuh Tol Bt Tiga, Sg Rasau

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mansuh Tol Bt Tiga, Sg Rasau SHAH ALAM – UMNO Bahagian Shah Alam mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan Tol Batu Tiga dan Sg Rasau yang sejak sekian lama membebani rakyat di Shah Alam terutamanya sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zain berkata, sewajarnya dua plaza tol tersebut dimansuhkan bagi membantu rakyat mengimbangi kos perbelanjaan ulang alik ke tempat kerja kos sara hidup tinggi hari ini.

Menurutnya, kutipan tol di dua plaza tol berkenaan hampir 20 tahun beroperasi dan diyakini bahawa pemegang konsesi (Plus Expressway Berhad) berjaya mengutip semula kos pelaburan mereka semasa menaik taraf jalan persekutuan tersebut.

"Di pihak Kerajaan dan pemegang konsesi tol tersebut, mereka boleh merundingkan semula tempoh baki perjanjian. Kami tidak nampak sebarang kerumitan di situ kerana syarikat konsesi terbabit adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Jika Kerajaan boleh memansuhkan kutipan tol Metramac bagi Plaza Tol arah Cheras dan arah Petaling Jaya tujuh tahun lebih awal daripada tarikh tamat perjanjian konsesi (2018), mengapa tindakan sama tidak boleh diambil bagi pemansuhan Tol Batu Tiga dan Sg Rasau?" katanya.

Ahmad Nawawi berkata, selama ini, pengguna jalan raya terpaksa membayar tol bagi menggunakan jalan raya persekutuan yang di naik taraf menjadi lebuh raya Klang – Kuala Lumpur sedangkan lebuh raya tersebut merupakan jalan utama.

Beliau berkata, rakyat sememangnya tidak mempunyai sebarang alternatif kerana hampir kesemua jalan keluar masuk dikelilingi oleh tol.

"Kebanyakan warga Shah Alam bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, mereka harus membayar tol pergi dan balik berjumlah RM2.20 (RM1.10 setiap kali laluan).

"Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur pula, mereka harus membayar dua kali tol bermula di Plaza Tol Sg Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 setiap hari (RM1 setiap kali laluan)," katanya.

Desakan dalam bentuk memorandum itu diserahkan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Ashaari Ibrahim mewakili Datuk Shaziman Mansor untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Ashaari merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam semalam yang dihadiri lebih 300 perwakilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved