Sabtu, 11 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Hasrat 23 Pati pulang beraya awal musnah

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hasrat 23 Pati pulang beraya awal musnah SHAH ALAM – Hasrat 23 pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk pulang awal beraya di Indonesia musnah apabila dicekup Pasukan Gerakan Marin (PGM) di perairan Sekinchan, awal pagi semalam.

Bot nelayan yang membawa 23 Pati termasuk sembilan wanita itu ditahan jam 1.30 pagi, dipercayai ketika dalam perjalanan memindahkan semua suspek ke sebuah bot lain sebelum dibawa keluar dari negara. Mereka berumur 19 ke 56 tahun.

Pegawai Pemerintah PGM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, kehadiran PGM pada mulanya disedari tekong tempatan yang mengendalikan bot itu.

Beliau berkata, tekong itu cuba memecut laju, namun berjaya dipintas bot peronda PGM.

"Siasatan awal mendapati semua warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ada yang sudah tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut menunjukkan Pati terbabit dikenakan bayaran minimum RM200 hingga mencecah RM400 setiap kepala, oleh sindiket yang cuba menye-ludup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rusuh bakar bangunan Puspen

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rusuh bakar bangunan Puspen LEDANG – Rusuhan beramai-ramai pelatih Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) Muar, Bukit Gambir malam kelmarin, mengakibatkan sebuah bangunan pentadbiran, rumah tamu, blok unit pemulihan, pejabat stor dan pondok pengawal terbakar.

Turut musnah sebuah motosikal, cermin empat kenderaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pecah, empat kenderaan kakitangan diterbalikkan, manakala dua motosikal kaki-tangan rosak.

Timbalan Ketua Polis Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Abdul Razak berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam itu 21 daripada 377 pelatih pusat melarikan diri.

Menurutnya, 80 anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk kawal keadaan.

"Hasil bantuan pasukan unit anjing Segamat, ang-gota balai berhampiran dan Ibu Pejabat Polis Muar menahan semula 17 penghuni.

"Pada jam 8 pagi tadi (semalam) kami menahan 13 lagi pelatih bersembunyi di bawah jambatan Gersik-Panchor," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan lima penghuni yang melarikan diri itu sudah menukar pakaian untuk elak dikesan.

"Polis mohon kerjasama orang awam yang terjumpa penghuni masih bebas untuk hubunginya segera di talian 019-2799429 ataupun balai polis berhampiran.

Mohd Salleh berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dan polis sedang siasat punca rusuhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 436 kanun yang sama iaitu khianat dengan bahan api yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda," katanya.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Puan Seri Datuk Zuraidah Mohamed berkata, AADK akan menubuhkan Lemba-ga Siasatan Khas yang akan diketuai oleh Ketua Audit Dalam AADK bagi menyiasat punca sebenar rusuhan terbabit.

"Bagaimanapun, sehingga laporan dikeluarkan keadaan di Puspen dilaporkan masih terkawal," katanya kepada Sinar Harian.

Pegawai Perhubungan Awam AADK, Mohd Amir Khusairi berkata, sehingga jam 8 malam semalam, empat lagi pelatih masih bebas dan operasi diteruskan untuk memburu mereka.

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti cadangan sama ada mahu memindahkan baki pelatih sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved