Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rumah siap, tiada penghuni

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rumah siap, tiada penghuni CHEMOR – Rumah berharga lebih RM100,000 telah siap dibina, namun 95 pembeli di Taman Chepor Sentosa di sini terkilan dengan sikap pemaju yang lepas tangan dalam projek rumah yang sepatutnya diduduki dua tahun lalu.

Seorang pembeli, Mohd Fauzi Abd Hamid, 58, berkata, rumah yang berharga RM 138,500 itu dibeli secara tunai dengan wang simpanannya yang bekerja sebagai guru sejak lebih 20 tahun lalu untuk keselesaan selepas pencen.

Menurutnya, harapan dia bersama keluarga untuk meraikan syawal tahun ini lebur tambahan pula terpaksa pula menyewa setelah bersara dua tahun lalu.

"Di usia ini, tidak wajar untuk saya menyewa rumah lagi sedangkan saya telah membeli rumah ini secara tunai. Kami sekeluarga berharap masalah ini dapat diselesaikan segera pemaju kerana inilah aset kami.

"Malah, pembinaan rumah dikawasan lain sudah boleh diduduki, kenapa di kawasan ini masih tiada perkembangan," katanya.

Katanya, ebih menyedihkan, rumah di situ menjadi sasaran pencuri dengan kehilangan meter air setelah pemaju tidak menitik beratkan sistem keselamatan.

"Mereka hanya meletakkan seorang pengawal keselamatan untuk menjaga 95 rumah di sini. malah sistem pendawaian di rumah ini juga turut dicuri," katanya.

Seorang lagi pembeli, Mohd Azizi Abd Hamid, 37, berkata, keadaan rumahnya disifatkan lebih teruk apabila ada keretakan selain tambakan tanah menyebabkan kebimbangan terhadap struktur rumahnya itu.

"Pihak pemaju mengambil inisiatif dengan menambak tanah dibelakang rumah, tetapi kerja itu hanya separuh jalan.

"Lebih membimbangkan, apabila air sungai berdekatan meningkat, ia akan menghanyutkan tanah ini dan kemungkinan struktur tanah di sini tidak selamat untuk diduduki," katanya.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan drastik sekiranya pihak pemaju gagal menjelaskan pampasan atau menyerahkan kunci kepada pembeli di kawasan perumahan itu seperti yang dijanjikan.

"Pihak pemaju berjanji untuk memberikan kunci pada bulan Jun ini namun, sekiranya tiada apa-apa maklum balas dan tindakan, kami akan membuat surat kepada Jabatan Perumahan Negara dan pampasan perlu dibayar 10 peratus setiap hari seperti yang dalam surat perjanjian," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved