Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Laluan tikus berjaya dihidu

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Laluan tikus berjaya dihidu BUKIT KAYU HITAM- Laluan tikus yang dipercayai digunakan pendatang tanpa izin (Pati) dari Thailand dan Myanmar untuk masuk ke negara ini dapat dihidu pihak berkuasa sebelum mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan lewat malam kelmarin dan pagi semalam.

Dalam dua tangkapan berasingan itu, seramai 48 Pati dari Thailand dan Myanmar ditahan di kawasan padang ragut, Ladang Rakyat, Laka Temin di sini oleh sekumpulan anggota dan pegawai dari Batalion kelima Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam.

Pegawai Memerintah Batalion kelima Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam, Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahdan berkata, bertindak atas maklumat yang diterima kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dipercayai tekong warga Thailand berusia 30-an kira-kira jam 10.45 malam yang sama.

Menurutnya, selepas beberapa jam membuat intipan pihaknya berjaya membuat tangkapan kedua kira-kira jam 1.30 pagi semalam melibatkan kemasukan kumpulan pertama Pati seramai 14 orang terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita warga Myanmar.

"Semua Pati yang ditahan diperiksa dan dilaporkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam sebelum semua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kedah untuk tindakan selanjutnya.

"Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pasukan kita berjaya menahan kumpulan kedua Pati terbabit melibatkan seramai 33 orang terdiri daripada 32 lelaki dan seorang warga Myanmar," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Rashid berkata, semua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 37 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini atas tujuan mencari pekerjaan sebagai buruh kasar dan sebagainya.

Menurutnya, dipercayai semua pati itu menggunakan laluan tikus berkenaan untuk masuk ke negara ini sebelum berjaya ditahan kira-kira satu kilometer dari kawasan pagar sempadan Malaysia- Thailand.

"Berdasarkan tangkapan yang dibuat, kita percaya semua Pati yang ditahan masuk ke sini secara berkumpulan namun, ia dilakukan secara berperingkat bagi mengelak taktik mereka dikesan pihak berkuasa," katanya.

Semua mereka yang ditahan hanya membawa beberapa pakaian bersama dan tangkapan kali ini merupakan kejayaan terbesar pasukan berkenaan setakat tahun ini.

Menurutnya, sejak 7 Mei hingga semalam, sebanyak 152 Pati ditahan melibatkan 15 tangkapan yang dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved