Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gusar nasib keluarga

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gusar nasib keluarga KUANTAN - Sudahlah dihina kerana miskin, rumah tak seperti rumah orang lain, malah diejek kerana selekeh dan tidak kacak.

Itu penghinaan yang ditanggung seorang pemandu teksi, Mohd Jasri Jamaluddin, 44 dari Batu 11, Jalan Gambang di sini yang semakin tidak keruan memikirkan nasib isterinya, Junaidah Othman, 34 dan empat anaknya yang meninggalkan rumahnya sejak lebih tiga bulan lalu.

Jasri sudah tidak dapat menanggung rindu untuk bertentang mata dengan isteri dan anak-anaknya, Siti Nurtasha,13, Siti Nabila, 7, Siti Maisharah, 5 dan anak tunggal lelakinya, Mohd Aidil, 3.

Jasri berkata, setiap hari dia sedih memikirkan nasib mereka sehinggakan hanya mampu mencium dan menatap gambar mereka dan tidur dalam kenderaannya kerana terlampau rindu.

Menurutnya, dia menyedari kehidupannya tidak semewah mana dan mendakwa mereka dihasut keluarga mentuanya untuk meninggalkan rumah.

"Saya pernah dihina oleh ibu saudaranya yang datang bersama ibu bapa mertua di rumah pada 7 Mac lalu malah cuba memukul menyebabkan saya melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dihina.

"Namun pada 10 Mac, saya balik ke rumah dan mendapati mereka semua tiada kira-kira jam 12.30 tengah hari serta mengesyaki keluar mengikut keluarga mertua di Kampung Air Kuning, Taiping, Perak," dakwanya ketika ditemui di pejabat di Sinar Harian di sini, semalam.

Dia yang membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 31 Mac lalu juga mendakwa, mereka anak-beranak mungkin berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Chatin, Mentakab.

"Saya menghubungi keluarga mertua dan ibu saudaranya namun mereka menafikan isteri serta anak-anak berada di rumah masing-masing," katanya.

"Saya pernah menghubungi nombor telefon milik isteri, namun anak sulung menjawab dan memberitahu berada di Kedah tapi tidak tahu lokasi mereka berada," katanya.

Dakwanya, dia merasakan mereka kini tinggal bersama kakak isterinya yang dikenali Emilia dan suaminya, Mohd Sharif di Kedah.

Ditanya punca perselisihan dan campur tangan keluarga isterinya, Jasri berkata, kemiskinan menjadi punca utama selain memberitahu ia kali kedua isteri dan anak-anaknya menghilangkan diri.

"Sebelum ini, pada 2008, lebih kurang tiga bulan juga isteri merajuk dan tinggal bersama mertua di Taiping sebelum dipujuk untuk kembali semula ke pangkuan saya.

"Mungkin kemiskinan diri saya yang hanya mampu memberikan isteri dan anak-anak dengan kehidupan sederhana, namun bukan sampai tidak cukup makan," dakwanya.

Katanya, dia tidak pernah memukul isterinya yang dikahwininya atas dasar cinta sejak 1999 namun mengakui pernah sedikit berkasar namun memberitahu, ia sekadar asam garam hidup suami isteri.

"Saya merayu kepada sesiapa yang tahu mereka berada di mana, sila hubungi saya di talian 017-9868417 secepat mungkin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved