Sabtu, 11 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


UMNO gusar Pas dapat sokongan

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

UMNO gusar Pas dapat sokongan

SHAH ALAM – Tindakan UMNO berterusan menghentam dasar Pas yang mahu melaksanakan negara berkebajikan disifatkan sebagai terdesak kerana berasa tergugat dan gusar ia mendapat sokongan rakyat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, UMNO semakin lantang memberikan pelbagai pandangan, bagaimanapun tidak menghalang Pas untuk terus komited meneruskan dasar itu bersama Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan, namun ia diberikan nafas baru oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, yang berakhir Ahad lalu.

"Pihak yang mempertikaikan negara berkebajikan yang diperjuangkan Pas adalah mereka takut serta dengki dengan konsep berkenaan.

"Konsep negara berkebajikan diperjuangkan Pas mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas, tidak timbul soal menukar perjuangan ataupun sebaliknya kerana ahli Pas sudah jelas dengan matlamatnya.

"Tidak perlu bagi parti minta maaf kerana desakan UMNO itu jelas ketinggalan zaman yang diibaratkan seperti kemarau panjang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Pas perlu berbuat demikian kerana pelbagai tuduhan mereka itu menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.

Kelmarin, Khaled mahu Pas minta maaf kepada UMNO sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam menuduh UMNO tidak betul tetapi mengubah dan menyatakan perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara berkebajikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO Kelantan gesa polis ambil tindakan

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

NGO Kelantan gesa polis ambil tindakan KOTA BHARU - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan membuat laporan polis, semalam, bagi menghalang penganjuran perarakan haram besar-besaran menuntut satu pilihan raya lebih bersih yang dijadualkan di ibu negara, awal Julai ini.

Di KUALA KRAI, Timbalan Presiden Pertubuhan Majlis Setia Rakyat Kelantan (Setia), Ahmad Bustaman Husin berkata, perhimpunan kali kedua itu perlu dihalang kerana dipercayai boleh mendatangkan suasana tidak tenteram dan mengancam keselamatan negara.

Katanya, Setia bimbang perkara sama yang terjadi pada perhimpunan kali pertama 10 Oktober 2007 lalu apabila berlaku huru-hara hingga menyebabkan banyak kerugian dan kerosakan akan berulang.

"Kami minta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis supaya bertindak menghalang perhimpunan kali kedua ini diadakan kerana boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram dan rasa takut dalam kalangan masyarakat terutama warga kota," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Sementara itu di PASIR PUTEH seramai 50 wakil NGO hadir pejabat polis daerah, antara lain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengelak kekecohan seperti himpunan Bersih pada 2008 berulang kembali sehingga menimbulkan kekacauan kepada orang ramai.

Wakilnya, Mohd Khairul Azmariha Mohd Nor berkata, himpunan yang dianjurkan secara haram tersebut adalah bagi menghasut rakyat membenci pemerintah negara yang sah dan secara tidak langsung menimbulkan ketidakpercayaan rakyat kepada Institusi pentadbiran kerajaan yang sah.

Di PASIR MAS, UMNO Pasir Mas cawangan Chicha Tinggi bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) Pasir Mas, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Persatuan Bekas angkatan Tentera Malaysia (PBTM) turut membuat laporan polis yang sama di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas.

Mereka melarang semua pihak, tidak mengikuti sebarang perhimpunan yang membaw perpecahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved