Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gempur kawasan panas

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gempur kawasan panas KUALA TERENGGANU - Polis berjaya menahan dua pemuda, masing-masing berusia 21 dan 25 tahun kerana didapati positif dadah dalam Operasi Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah melibatkan daerah Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Operasi itu bermula jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi dengan kekuatan tiga pegawai dan 22 anggota trafik.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, operasi itu diadakan di beberapa lokasi 'panas' di sekitar Kuala Terengganu.

"Dalam operasi kali ini, kita berjaya mengeluarkan 16 saman dengan pelbagai jenis kesalahan.

"Dua pemuda juga ditahan setelah positif Methamphetamine dalam ujian awal urin yang dibuat. Kedua-dua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Che Khazahari berkata, kegiatan rempit di daerah ini juga didapati berkurangan sejak tiga minggu lalu, dan pihaknya melihat, ia adalah perkembangan positif hasil penguatkuasaan ketat yang dilaksanakan sejak belakangan ini.

Katanya, perkembangan itu diharap akan berterusan, seterusnya menghapuskan sama sekali kegiatan rempit yang dilihat menjadi 'duri dalam daging' dalam masyarakat kini.

"Kita memang tegas dalam hal ini dan tidak akan berkompromi terhadap mereka. Kita bukan sekadar memberi amaran, tetapi mengambil tindakan tegas terhadap mereka termasuk membawa ke muka pengadilan.

"Boleh dikatakan, hampir tiada langsung kegiatan rempit sekarang kerana kita 'menyumbat' mereka ke dalam lokap untuk diadili. Jadi saya harapkan penguatkuasaan yang tegas ini akan memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved