Sabtu, 11 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tinggal sehelai sepinggang

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tinggal sehelai sepinggang TANAH MERAH - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dalam sekelip mata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Cherang Lali, petang kelmarin.

Mangsa, Zainab Mat Noor, 50, berkata, ketika kejadian, dia bersama anak tunggalnya Nurshamira Balqis, enam tahun, berada di dapur untuk membasuh pinggan.

"Mak cik sedang membasuh pinggan di dapur tiba-tiba kepulan asap tebal kelihatan dari bawah rumah sehingga ke bahagian dapur.

" Susulan itu, mak cik naik ke atas rumah dan melihat api sudah merebak di bahagian ruang tamu dengan cepat, memang mak cik panik dan tidak mampu menyelamatkan apa-apa hanya fikir mahu selamatkan diri dan anak," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih merumitkan keadaan apabila pintu dapur rumahnya sukar untuk dibuka ketika mahu keluar dari rumah itu.

"Ketika itu, pintu dapur sukar untuk dibuka ditambah pula mak cik terpaksa mendukung anak sedaya upaya untuk selamatkan diri. Keadaan ketika itu memang kelam kabut kerana api cepat merebak serta bunyi letupan kuat.

"Selepas berjaya keluar dari rumah itu mak cik berlari dan bergegas keluar ke jalan utama untuk meminta bantuan orang kampung," katanya.

Menurutnya, ekoran kebakaran itu tiga motosikal miliknya hangus, manakala seekor kambing yang di bawah rumah juga hangus terbakar.

Ketika kejadian suaminya Mamat Husin, 66, bekerja sebagai penoreh getah keluar ke Bandar Tanah Merah untuk membeli barangan keperluan dapur.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohamed Saamah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.22 petang.

Menurutnya, bomba dengan satu jentera dan enam anggota bergegas ke tempat kejadian tiba kira-kira 5.42 petang.

"Ketika itu hampir 100 peratus kediaman musnah terbakar dan pasukan bomba mengambil masa satu jam untuk pastikan api betul-betul padam.

"Ketika sampai ke tempat tersebut jentera kita tidak dapat masuk kerana laluan jalan sempit membuatkan kami terpaksa masuk ke tempat kejadian dengan membawa pam kecil dan padamkan api guna air paip," katanya yang menjelaskan jumlah kos kerugian masih lagi dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved