Jumaat, 10 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Tiada keperluan prosiding waktu malam kendaikan kes syariah di Kelantan

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tiada keperluan prosiding waktu malam kendaikan kes syariah di Kelantan

KUALA KRAI - Kelantan akan menambah seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa terdekat bagi menampung keperluan mengendalikan kes membabitkan undang-undang syariah di negeri ini, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Dengan penambahan itu, ia menjadikan seramai tiga hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkhidmat di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, setakat ini tiada keperluan bagi Mahkamah Syariah untuk mengendalikan prosiding mahkamah pada waktu malam sebagaimana dilakukan di Kuantan dan Petaling Jaya.

"Penambahan seorang lagi hakim dianggap sudah mencukupi untuk menampung mengendalikan kes membabitkan undang-undang syariah di negeri ini, tanpa perlu prosiding diadakan pada waktu malam," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Mahkamah Syariah Kelantan perlu mengadakan prosiding pada waktu malam sebagai di Kuantan dan Petaling Jaya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dilaporkan bersidang pada Rabu malam sebagai usaha mempercepatkan penyelesaian kes-kes tertunggak.

Sidang mahkamah pada sebelah malam itu difahamkan merupakan yang kedua dilaksanakan di negara ini selepas Petaling Jaya, Selangor yang berbuat demikian.

"Tiada keperluan mendesak di Kelantan untuk mengadakan persidangan mahkamah syariah pada waktu malam kerana tidak banyak kes tertunggak yang perlu diselesaikan," katanya.

Katanya, pihaknya telah mengambil pendekatan melanjutkan tempoh hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes hingga ke petang berbanding sebelum ini hanya pada sebelah pagi.

Beliau berkata, pendekatan tersebut dilakukan sejak dua tahun lepas apabila mendapati ada kes tertunggak yang perlu diselesaikan memandangkan hanya dua hakim sahaja yang bertugas.

Tanpa menyebut bilangan kes, Daud bagaimanapun berkata, lebih 80 peratus kes di Mahkamah Syariah dapat diselesaikan mengikut jadual.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hapuskan bangsa dalam borang kerajaan:Teresa Kok

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hapuskan bangsa dalam borang kerajaan: Teresa Kok

Exco Selangor, Teresa Kok mencabar kerajaan menghapuskan medan 'bangsa' dalam semua bentuk bagi membuktikan kesungguhan dalam mencapai tujuan 1Malaysia.

Teresa dalam blognya menulis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dilihat telah berjaya mengiklankan kempen 1 Malaysia di seluruh negara, namun semuanya dilihat tidak bermakna apabila kerajaan enggan mengiktiraf bangsa 1 Malaysia.

"Najib tidak mempraktikkan apa yang dilaungkannya selama ini," katanya ketika mengulas penolakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh mendaftarkan anaknya sebagai 'Anak Malaysia. "

Teresa dalam ulasannya turut mendesak Najib menunjukkan ketulusan terhadap 1Malaysia dan mengambil langkah memadam medan 'bangsa' dalam segala bentuk kerajaan.

"Jika Najib mempraktikkan 1Malaysia, beliau sepatutnya sudah lama mengarahkan seluruh badan kerajaan untuk menghentikan mengelompokkan Malaysia sebagai Melayu, China India, atau lain- lain.

"Ini adalah label yang BN berikan kepada warga Malaysia sejak lahir," katanya.

Sumber dari blog Teresa Kok

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved