Jumaat, 10 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


UMNO tidak senang duduk: Pas

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

UMNO tidak senang duduk: Pas SHAH ALAM – Hasrat Pas ingin menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan hanyalah sebagai dasar parti, kata Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah bertujuan membawa perubahan kepada sebuah negara dengan inti pati Islam (keadilan, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran).

Malah, agenda itu katanya mendapat respons yang baik daripada PKR dan DAP.

"Tidak dinafikan UMNO dan BN gusar dengan hasrat Pakatan Rakyat mahu wujudkan negara berkebajikan, malah mereka seolah-olah tercabar dengan agenda terkini Pas apabila bertubi-tubi lemparkan tohmahan kosong.

"UMNO turut cuba menyembunyikan kegelisahan mereka itu dengan mengkritik Pas sudah ubah dasar perjuangan Islam demi hasrat Pas. Malah Pas dituduh meniru beberapa perkara yang telah dilaksanakan UMNO," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, parti kerajaan itu juga semakin sukar mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka berhadapan dengan bebanan kewangan saban hari.

Menurutnya, kegusaran itu dipercayai timbul apabila Pas menawarkan sebuah negara berkebajikan di sebalik kegagalan UMNO menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak.

"Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan Pas berjaya membongkar permainan sebenar UMNO terhadap rakyat sebagai mangsa dalam banyak kepentingan seperti program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni UMNO atau BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

"Terserahlah kepada mereka (UMNO, BN) sama ada mahu menerima agenda Pas ini atau tidak, kami tetap berusaha melaksanakannya," katanya.

Apabila ditanya mengenai adakah parti itu akan bersatu dengan UMNO, Tuan Ibrahim menafikannya dengan menyatakan rakyat semakin tidak bersetuju dengan cara UMNO dan mahukan bentuk politik baru.

Beliau sementara itu berhasrat untuk memastikan dana negara (pendidikan, sara hidup dan pendapatan) disalurkan dengan cara yang betul agar taraf hidup rakyat ditingkatkan sekiranya negara berkebajikan dapat dilaksana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas perlu mohon maaf: Khaled

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas perlu mohon maaf: Khaled KUANTAN - Pas perlu memohon maaf kepada UMNO kerana beberapa pemimpinnya menuduh UMNO tidak memperjuangkan penubuhan negara Islam sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan negara Islam tetapi akhirnya menafikan konsep terbabit kepada perjuangan negara berkebajikan menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan bangsa Melayu.

"Pas patut minta maaf kepada UMNO kerana selama ini pelbagai tohmahan dilemparkan kepada parti ini termasuk melabel UMNO sebagai kafir.

"Tindakan Pas itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu yang salah faham dengan perjuangan Pas menerusi menubuhkan negara Islam sehingga timbul isu, dua imam dan pertelagahan mengenai hukum hudud," katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas ke-57 berkata, Pas memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana mempunyai kesamaan dengan apa diperjuangkan rakan komponen pakatan itu serta menyifatkan negara Islam tidak disebut dalam al-Quran.

Khaled berkata, dalam masa sama beliau menggesa rakyat supaya tidak terpedaya dengan perjuangan parti itu yang menghalalkan sebarang cara untuk mendapatkan kuasa.

"Tindakannya boleh menyebabkan rakyat berpecah-belah, menyebabkan keadaan negara tidak tenteram.

"Justeru, apa jua tindakan atau pendirian dalam perjuangan mereka, Pas perlu meminta maaf kepada UMNO atas tohmahan mereka selama ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved